SEREMBAN: Seorang guru di sini kerugian lebih RM250,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai ejen insurans dan pegawai polis sejak Jun tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani berkata wanita berusia 43 tahun itu mendakwa menerima panggilan daripada ejen itu mengenai pengesahan tuntutan insurans, namun dia menafikan perkara tersebut.
Beliau berkata susulan itu mangsa dikatakan menerima panggilan daripada seorang polis yang dikenali sebagai Sarjan Rizal memaklumkan maklumat peribadi miliknya terlibat dengan kes pengubahan wang haram di bawah Jabatan Air Negeri Sabah.
"Keesokannya mangsa dimaklumkan perlu membuat pindahan duit ke akaun bank milik sendiri sebagai dana bayaran untuk menyelesaikan kes selain diminta memberikan akaun bank yang jarang digunakan dengan wanita itu menggunakan akaun Bank Rakyatnya untuk tujuan itu.
"Mangsa berurusan dengan mereka selama hampir lima bulan sejak Jun tahun lepas dan dari 29 Okt 2021 hingga 26 Mac tahun ini, mangsa telah melakukan sembilan transaksi ke akaun Bank Rakyatnya itu membabitkan jumlah keseluruhan RM265,225.50," katanya dalam kenyataan hari ini.
Aibee berkata daripada jumlah itu, RM200,000 diperoleh mangsa melalui pinjaman manakala bakinya daripada wang simpanannya.
Bagaimanapun, beliau berkata mangsa yang berasa curiga telah membuat semakan ke akaun Bank Rakyat dan mendapati baki dalam akaunnya hanya tinggal RM78 selain mendapati wang tersebut dipindahkan ke satu akaun individu lain.
Mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022
![Guru rugi lebih RM250,000 diperdaya Macau Scam Guru rugi lebih RM250,000 diperdaya Macau Scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649237684_scmageneric.jpg)
Seorang guru di sini kerugian lebih RM250,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai ejen insurans dan pegawai polis sejak Jun tahun lepas. - Gambar hiasan
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704869609_DatukSeriRamliMoh.jpg)
Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.
![Untung RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud Untung RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700627104_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.
![Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674727253_scamgeneric.jpg)
Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.
![Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500 Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687075160_scmageneric.jpg)
Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.
![PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696916245_sidangmediakhas.jpg)
PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.
![Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696890729_TBFadillahYusof.jpg)
Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.
![43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru 43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676774017_TBhumantrafficking.jpg)
43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.
![Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696325510_KetuaPolisJohor.jpg)
Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.
![Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000 Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684399650_MACAUSCAM.jpg)
Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.
![Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilapor ke MCMC, ini lima jenis scam Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilapor ke MCMC, ini lima jenis scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684380787_Scam.jpg)
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilapor ke MCMC, ini lima jenis scam
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2020 hingga Mei tahun ini.