Golongan guru boleh menjadi pendidik berkualiti antarabangsa sekiranya mereka mampu menyelesaikan masalah pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah dengan kreatif dan inovatif.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata antara masalah pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah yang perlu diatasi guru adalah berinteraksi dengan setiap pelajar yang mempunyai keupayaan, kebolehan dan latar belakang berbeza.
"Rupa bentuk masyarakat dalam sesebuah negara bergantung kepada apa yang berlaku di dalam bilik darjah. Paling penting dalam bilik darjah adalah interaksi antara pelajar dan guru yang seharusnya menyumbang kepada daya pemikiran tinggi dan penerapan akhlak baik ke atas mereka (pelajar).
"Kita (guru) tidak berada dalam suasana sempurna. Maksudnya, tidak semua pelajar pandai dan mudah terima apa yang kita ajar. Itu adalah kekangan untuk mencapai interaksi yang berkesan," katanya ketika berucap pada Penutupan Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa di sini, pada Rabu.
Beliau berkata peralihan sistem pendidikan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh bagi membolehkan setiap pelajar diajar mengikut kemampuan dan dinilai secara adil daripada semua aspek, memerlukan guru menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencari dan meningkatkan potensi pelajar.
"Sehubungan itu, pensyarah di IPG seluruh negara perlu memikirkan cara terbaik bagi melahirkan golongan pendidik yang mempunyai ilmu pengetahuan luas meliputi pelbagai bidang dan perlu berani melakukan perubahan ke arah kreativiti dan inovasi," katanya.
Sementara itu, Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan IPGM 2016 bertema 'Pendidikan Abad ke 21 dan Masa Hadapan' menerima pakai 14 resolusi termasuk peningkatan kemenjadian guru, permulaan dengan pemantapan program latihan praperkhidmatan.
Selain itu, persidangan dua hari itu turut bersetuju supaya penggunaan dan eksploitasi multimedia, teknologi dan komunikasi dalam bidang pendidikan ditingkatkan supaya selaras dengan perkembangan semasa.
Persidangan itu dihadiri 350 peserta terdiri daripada pegawai Kementerian Pendidikan, pensyarah Kolej Matrikulasi, pensyarah Institut Aminuddin Baki, pensyarah universiti awam, IPG dan guru sekolah. - Bernama
Bernama
Wed Oct 12 2016
![Guru perlu kreatif, inovatif selesai masalah bilik darjah Guru perlu kreatif, inovatif selesai masalah bilik darjah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41463302887_gurucikguteacher.jpg)
Peralihan sistem pendidikan kepada PBS memerlukan guru menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencari dan meningkatkan potensi pelajar. -Gambar hiasan
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Jangan ubah, pinda lagu Negaraku dalam mana-mana acara rasmi sekolah - KP Pelajaran Jangan ubah, pinda lagu Negaraku dalam mana-mana acara rasmi sekolah - KP Pelajaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/71471607744_DDrAminSeni.jpg)
Jangan ubah, pinda lagu Negaraku dalam mana-mana acara rasmi sekolah - KP Pelajaran
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata, pihak sekolah perlu sentiasa menggunakan kebijaksanaan dalam melaksanakan perkara-perkara asas terhadap lambang-lambang negara.
![Guru perlu bersedia tempuh cabaran Revolusi Industri - Maszlee Guru perlu bersedia tempuh cabaran Revolusi Industri - Maszlee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41463302887_gurucikguteacher.jpg)
Guru perlu bersedia tempuh cabaran Revolusi Industri - Maszlee
Guru perlu berani membuat perubahan dan mempunyai daya kreativiti serta inovasi yang tinggi mengikut perkembangan teknologi semasa.
![Tiada kekurangan guru bahasa Inggeris - KP Pelajaran Tiada kekurangan guru bahasa Inggeris - KP Pelajaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/51511168089_gurusekolah.jpg)
Tiada kekurangan guru bahasa Inggeris - KP Pelajaran
Datuk Dr Amin Senin berkata, sebaliknya, jumlah guru opsyen bahasa Inggeris yang mengalami kekurangan.
![Ketua Pengarah KPM nafi akaun palsu Facebook Messenger Ketua Pengarah KPM nafi akaun palsu Facebook Messenger](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61547645770_PALSU.jpg)
Ketua Pengarah KPM nafi akaun palsu Facebook Messenger
Mesej palsu itu antara lain menyebut Datuk Amin Senin akan memberikan geran sebanyak AS$150,000 bagi membantu golongan yang memerlukan.