IPOH: Seorang guru muzik sebuah sekolah rendah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas dua tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang murid perempuan berusia 10 tahun, pada Jun dan Julai lalu.
Tertuduh, Mohamad Nazmi Mohamed Nazri, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun 6 bulan dengan menyentuh mangsa bagi maksud seksual.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di bilik muzik sebuah sekolah kebangsaan di Ipoh, kira-kira jam 9.45 pagi, Jun 2023.
Dia turut dituduh atas satu lagi pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak sama di lokasi sama, kira-kira jam 10.30 pagi, Julai lalu.
Kedua-dua pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat dan hendaklah diletakkan di bawah pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Qurratu’aini Khalifah tidak menawarkan sebarang jaminan untuk mengelakkan tertuduh mengganggu mangsa.
Bagaimanapun, Peguam Syahrul Nizam Mohd Rabi memohon anak guamnya dibenarkan dijamin kerana mengidap penyakit jantung dan anemia di samping menanggung seorang isteri serta tiga anak yang berusia tiga hingga hingga tahun.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan 20 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Nov 23 2023
Mohamad Nazmi Mohamed Nazri, 39, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad. - Gambar/ Astro AWANI
AWANI Ringkas: Gangguan Seksual | Mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
AWANI 7:45 [23/12/2024] - Hab Digital Asia Tenggara | Kos rawatan kena munasabah | 47 peratus kurang puas hati | Ikut undang-undang
Malaysia tumpuan utama dunia, pelaburan digital lebih RM141 bilion tahun ini.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Presiden Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini, kata pegawai.
Agenda AWANI: Pelan hala tuju transformasi AIR 2040
Ketahui cabaran pengurusan dan usaha mentransformasi sektor air negara menerusi pelan hala tuju transformasi AIR 2040 bersama YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Agenda AWANI 9 malam ini
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi "untuk sementara waktu", kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, usaha menjamin dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.
[TERKINI] Polis tahan seorang lelaki bakar wanita
Polis New York menahan seorang lelaki ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Runtuhan tebing ancam nyawa
Jabatan Pengairan dan Saliran memulakan kerja darurat di tebing Sungai Kelantan yang runtuh berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu.
Guru muzik didakwa amang seksual murid perempuan 10 tahun
Seorang guru muzik sebuah sekolah rendah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas dua tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang murid perempuan berusia 10 tahun.
Warga emas dakwa digertak, dimarahi ADUN
Lee Toh Chee @ Lee Wah, 77, mendakwa dia telah pergi berjumpa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tersebut pada September lepas untuk meminta bayaran sebagai juri dalam sebuah konsert amal.