SHAH ALAM: Setiap orang mempunyai citarasa tersendiri untuk mencari pasangan hidup mereka bagi melayari bahtera perkahwinan.
Begitu juga dengan pasangan muda, Herman Zulfikar Hamzah, 25, yang memilih untuk mengahwini, Naziha Nuha Ali, 22, yang berasal dari Hawaii, Amerika Syarikat pada Sabtu.
Peristiwa bersejarah itu dipahatkan menerusi Program Aqdun Mubarak: Program Memeterai Kontrak Maknawi (Kemuncak Destinasi Cinta) Tahun 2022 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di sini di mana seramai 10 pasangan selamat diijabkabulkan.
Herman yang merupakan seorang guru di Maahad Tahfiz Baitul Ehsan memaklumkan dia menyimpan impian untuk menikahi wanita dari luar negara selepas melanjutkan pelajaran di Indonesia satu ketika dahulu.
"Saya minat dengan budaya luar, bukan nak kata saya tidak berminat dengan budaya kita, tapi saya nak gabungkan, mungkin ia boleh jadi satu yang baik untuk diri kita dan keluarga.
"Kita boleh sebar dan luaskan keluarga kita ke luar negara," katanya kepada Sinar Harian selepas majlis tersebut pada Sabtu.
Seindah takdir ketentuan Allah SWT, Herman berkata, perkahwinan tersebut bukanlah satu perkara yang dirancang olehnya terlebih dahulu.
Anak keempat daripada enam beradik itu memaklumkan, keluarganya dan mentuanya menemukan mereka pada Julai lalu dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur tanpa pengetahuan dia dan isterinya.
Herman yang terkejut pada awalnya selepas mengetahui tujuan perjumpaan tersebut bagaimanapun membuat keputusan untuk menikahi Naziha Nuha selepas bertemu dengannya.
"Pada awalnya, saya tidak tahu pertemuan tersebut adalah untuk menjodohkan saya dengan isteri kerana keluarga beritahu ada orang dari Hawaii datang ke Malaysia untuk berkenalan.
"Tapi selepas saya berjumpa isteri buat pertama kali, saya lihat dia (Naziha Nuha) baik dan kena dengan ciri-ciri yang saya inginkan," katanya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.
Sementara itu, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Salwana Ahmad Dahlan berkata, inisiatif tersebut dilakukan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai konsep majlis pernikahan dan walimatulurus berlandaskan syarak.
Menurutnya, program tersebut dianjurkan oleh JAIS dengan kerjasama Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah Selangor, Tabung Infak Jariah Umat Islam dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, di sini.
"Dengan bayaran sebanyak RM1,000, setiap pasangan akan terus menerima Surat Perakuan Nikah dan Kad Perakuan Nikah.
"Selain itu, mereka juga mendapat perkhidmatan percuma berkaitan urusan nikah, set 'photobooth', set penggambaran, cenderahati pengantin, santapan barakah dan jamuan tetamu," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 23 2022

Herman (kiri) dan Naziha Nuha yang diijabkabulkan dalam Program Aqdun Mubarak: Program Memeterai Kontrak Maknawi (Kemuncak Destinasi Cinta) Tahun 2022 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah pada Sabtu. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Guru maahad tahfiz pilih gadis Hawaii jadi suri hati
Herman menyimpan impian untuk menikahi wanita dari luar negara selepas melanjutkan pelajaran di Indonesia satu ketika dahulu.