Guru-guru di Sabah diingatkan supaya tidak bertindak di luar kawalan sehingga boleh mendatangkan kecederaan kepada murid sebaliknya menyerahkan kes-kes murid tidak mendengar arahan atau melanggar disiplin kepada guru besar untuk tindakan.
Pengarah Pendidikan Sabah Dr Mistirine Radin berkata ini kerana hanya guru besar sahaja dibenarkan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan hukuman rotan terhadap murid berdasarkan peraturan sedia ada yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
"Guru-guru diminta bersikap profesional dan jika murid nakal atau guru sudah tidak dapat mengawal keadaan, hantar sahaja murid berkenaan kepada guru besar (untuk dikenakan hukuman) dan jangan ambil tindakan sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah di Likas, dekat sini, yang dikatakan menyepit telinga seorang murid lelaki Tahun Empat dengan 'stapler' selepas murid itu gagal menyiapkan tugasan Matematik diberikan, Jumaat lepas.
Mistirine berkata jabatannya telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan meminta Pejabat Pendidikan Daerah untuk pergi ke sekolah berkenaan esok (Isnin) bagi mengadakan perjumpaan antara guru, ibu bapa dan murid terlibat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya ada menerima laporan daripada seorang ibu yang mengatakan anak lelakinya yang berumur 10 tahun distapler di bahagian telinga kiri oleh seorang guru, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi, Jumaat lepas.
Beliau berkata murid itu telah dihantar ke hospital bagi mengetahui tahap kecederaannya dan hasil pemeriksaan fizikal mendapati tiada sebarang kecederaan teruk dialami, hanya kesan merah di bahagian telinga kiri.
Berdasarkan siasatan awal, Habibi berkata stapler digunakan adalah kosong atau tidak berisi dawai kokot, dan guru terbabit sekadar ingin menakut-nakutkan murid berkenaan dengan menggunakan stapler kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
"Bagaimanapun, kenyataan perlu diambil dan guru itu akan dipanggil esok," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 29 2019
![Guru jangan bertindak sendiri, serah kepada guru besar untuk hukum murid - JPN Sabah Guru jangan bertindak sendiri, serah kepada guru besar untuk hukum murid - JPN Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61517981187_Rotan.jpg)
Pengarah Pendidikan Sabah Dr Mistirine Radin berkata ini kerana hanya guru besar sahaja dibenarkan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan hukuman rotan terhadap murid. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![SPM 2020: Jurang peratusan sekolah bandar dan luar bandar di Sabah mengecil SPM 2020: Jurang peratusan sekolah bandar dan luar bandar di Sabah mengecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611116579_MistrineRadin.jpg)
SPM 2020: Jurang peratusan sekolah bandar dan luar bandar di Sabah mengecil
Jurang perbezaan peratus lulus antara sekolah di bandar dan luar bandar menerusi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sabah semakin mengecil apabila mencatat 0.53 peratus.
![COVID-19: Tiada arahan tutup sekolah di Sabah - Sumber MKN COVID-19: Tiada arahan tutup sekolah di Sabah - Sumber MKN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41596359697_SANDAKANmurid.jpg)
COVID-19: Tiada arahan tutup sekolah di Sabah - Sumber MKN
Sumber MKN memaklumkan bahawa setakat Jumaat (2 Oktober), tiada kenyataan akan dikeluarkan mengenai penutupan sekolah di Negeri Di Bawah Bayu.
![Guru jangan bertindak sendiri, serah kepada guru besar untuk hukum murid - JPN Sabah Guru jangan bertindak sendiri, serah kepada guru besar untuk hukum murid - JPN Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61517981187_Rotan.jpg)
Guru jangan bertindak sendiri, serah kepada guru besar untuk hukum murid - JPN Sabah
Guru-guru di Sabah diingatkan supaya tidak bertindak di luar kawalan sehingga boleh mendatangkan kecederaan kepada murid sebaliknya menyerahkan kes-kes murid kepada guru besar untuk tindakan.