Gagal mendapat maklum balas pihak sekolah setelah aduan dibuat mendorong dua murid tahun lima di sebuah sekolah rendah di sini membuat laporan polis bahawa mereka telah dicabul.
Lebih menyedihkan, mangsa mendakwa dicabul oleh guru mereka sendiri.
Susulan laporan, sepasukan anggota siasatan jenayah Serian telah bertindak menahan guru terbabit yang mengajar di sebuah sekolah di Sungai Menyan, dekat sini, pada jam tiga petang tadi bagi membantu siasatan.
Suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk memberi keterangan.
Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar ketika mengesahkan tangkapan memberitahu penahanan dilakukan di bawah Seksyen 14 (a), (b) dan (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
"Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok di Mahkamah Samarahan," katanya lagi.
Berdasarkan laporan mangsa, pada bulan Mei lalu, mangsa pertama iaitu seorang murid lelaki Tahun 5 yang berumur 10 tahun 11 bulan telah dipanggil oleh suspek ke Pejabat Hal-Ehwal Murid sekolah berkenaan.
"Suspek kemudian telah mengunci pintu bilik sebelum mencabul mangsa.
Pada Ogos lalu, suspek sekali lagi mengulangi perbuatannya.
"Kali ini, mangsanya adalah seorang murid Tahun 5 lain yang berumur 10 tahun 9 bulan.
"Mangsa telah dibawa ke dalam bilik stor di sekolah yang sama dan suspek cuba mencabulnya, namun sempat dihalang sebelum mangsa melarikan ke dalam kelas.
Kata Dev, keluarga kedua-dua mangsa mendakwa telah mengadu perkara ini kepada pihak sekolah namun tiada tindakan atau maklum balas diterima.
"Justeru mereka bertindak nekad untuk membuat laporan kepada pihak polis hari ini," katanya lagi.
Rudi Affendi Khalik
Mon Oct 02 2017
![Guru ditahan kerana cabul dua murid lelaki di Serian Guru ditahan kerana cabul dua murid lelaki di Serian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81434765931_rape.jpg)
Gagal mendapat maklum balas pihak sekolah setelah aduan dibuat mendorong dua murid tahun lima di sebuah sekolah rendah di sini membuat laporan polis bahawa mereka telah dicabul. -Gambar hiasan
Pantau Belanjawan: Atasi cabaran & manfaat peluang ekonomi bersama
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma mengulas berkenaan KDNK Negeri 2023 yang diumumkan baru-baru ini.
Individu 'Narsisistik' perlu dihindari agar hidup tenteram
Individu yang mempunyai penyakit gangguan personaliti narsisistik (NPD) atau sifat mengagumi diri sendiri secara berlebihan, perlu dihindari agar tidak menimbulkan stres dan gangguan emosi.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
Faisal Halim sudah mula turun padang jalani sesi latihan
Pemain sayap Selangor, Faisal Halim, dikhabarkan sudah sudah mula turun ke padang untuk menjalani latihan sejak Rabu.
wartawan Astro Arena mendapati pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.
wartawan Astro Arena mendapati pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
Lebih 25 tahun menjadi venue rasmi pasukan Selangor, Stadium Shah Alam telah menyimpan pelbagai kenangan dan nostalgia tersendiri kepada pemain serta peminat sukan di negeri ini.
UMNO Kelantan hantar 3 nama calon DUN Nenggiri
Badan perhubungan UMNO Kelantan akan menghantar 3 nama calon yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri, DUN N43 Nenggiri bulan depan
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, nama berkenaan telah disaring sebelum Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskannya dalam tempoh terdekat
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, nama berkenaan telah disaring sebelum Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskannya dalam tempoh terdekat
![Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720156473_DhabitahSabri.jpg)
Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah
Beliau perlu sekurang-kurangnya setahun dalam usaha meningkatkan darjah kesukaran baharu bagi acara 3m papan anjal individu wanita.
![Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720156151_Paris.jpg)
Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media
Sebanyak 16,000 katil kadbod akan digunakan di Perkampungan Sukan Saint-Denis and Chateauroux dan di Perkampungan Media Dugny.
![Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720155909_TBnaim.jpg)
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Buruh bakal bentuk kerajaan, Starmer PM baharu?
Pengundian telah berakhir dan Parti Buruh Britain diunjurkan memenangi pilihan raya umum United Kingdom (UK) dengan kemenangan besar, sekaligus menukar senario politik di UK.
Penyokong anggap kemenangan buruh berita sangat hebat
Sementara itu, kumpulan penyokong Parti Buruh Britain gembira dengan laporan yang menyebut parti konservartif kalah teruk dalam pilihan raya yang diadakan
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
![Pengawal keselamatan sekolah cabul murid darjah satu ditahan Pengawal keselamatan sekolah cabul murid darjah satu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706785286_HandcuffGari.jpg)
Pengawal keselamatan sekolah cabul murid darjah satu ditahan
Polis bertindak menahan lelaki tempatan berusia 45 tahun itu semalam, setelah menerima laporan daripada rakan setugas suspek.
![Guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalah cabul murid lelaki darjah enam Guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalah cabul murid lelaki darjah enam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698402340_cabul.jpg)
Guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalah cabul murid lelaki darjah enam
Seorang guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalahatas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid Darjah Enam.
![Jurulatih dodgeball didakwa jentik kemaluan dua murid Jurulatih dodgeball didakwa jentik kemaluan dua murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696569065_Jurulatihdodgeball.jpg)
Jurulatih dodgeball didakwa jentik kemaluan dua murid
Seorang jurulatih dodgeball mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas dua pertuduhan menjentik kemaluan dua murid lelaki ketika mangsa berusia 11 tahun, November tahun lalu.
![Jijik! Ustaz songsang cabul 65 murid Jijik! Ustaz songsang cabul 65 murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/41519449755_CabulPelajar.jpg)
Jijik! Ustaz songsang cabul 65 murid
Hamdi dilapor mula bertindak berani sekitar 2013 apabila dia mula meraba dan menggosok kemaluan pelajarnya.
![25 murid perempuan dicabul guru ketika 'diruqyah' 25 murid perempuan dicabul guru ketika 'diruqyah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51518680682_GuruSMP.jpg)
25 murid perempuan dicabul guru ketika 'diruqyah'
Kejadian didakwa berlaku di tempat dan waktu yang berbeza, termasuk ketika murid menjalani kegiatan perkhemahan di luar sekolah.
![Guru ditahan kerana cabul dua murid lelaki di Serian Guru ditahan kerana cabul dua murid lelaki di Serian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81434765931_rape.jpg)
Guru ditahan kerana cabul dua murid lelaki di Serian
Susulan laporan, sepasukan anggota siasatan jenayah Serian telah bertindak menahan guru terbabit yang mengajar di sebuah sekolah di Sungai Menyan.