Seorang guru lelaki yang ditahan selepas disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang di sini hari ini kerana memiliki barangan berkaitan kumpulan terbabit.
Guru sekolah menengah kebangsaan, Sundram Renggan @ Rengasamy, 52, itu pada 12 Oktober lalu sekitar jam 2.30 petang telah ditahan di kediamannya setelah beberapa barangan berkaitan kumpulan itu ditemui.
Dia dituduh mengikut seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda.
Hakim Saiful Akmal Mohd Said turut menolak permohonan peguam, Kirthiraj Raja Sundram yang mewakili tertuduh untuk memohon anak guamnya diikat jamin.
"Mahkamah tidak terima jaminan kerana di bawah (SOSMA) jaminan tidak dibenarkan, jaminan hanya boleh dibuat di Mahkamah Tinggi," katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi turut membantah permohonan peguam berkenaan atas alasan sama.
Permohonan ikat jamin dibuat ekoran faktor kesihatan tertuduh yang menghidap penyakit kencing manis selain perlu hadir ke hospital untuk menerima rawatan susulan.
Menurut peguam, satu lagi pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tertuduh kerana memuat naik kenyataan berkaitan LTTE di laman sosial Facebook.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 16 Disember untuk sebutan semula kes.
Hilmi Malik
Tue Oct 29 2019
![Guru didakwa terlibat kumpulan LTTE Guru didakwa terlibat kumpulan LTTE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51572326967_TBLTTE.jpg)
Seorang guru sekolah menengah kebangsaan, Sundram Renggan @ Rengasamy, 52, hari ini dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang kerana memiliki barangan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). - Foto BERNAMA
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Pemandu teksi gagal dapat kebenaran keluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas Pemandu teksi gagal dapat kebenaran keluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662106072_TBGAVEL.jpg)
Pemandu teksi gagal dapat kebenaran keluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas
Selepas mempertimbangkan hujahan yang dibangkitkan dan meneliti rekod rayuan, kebenaran ditolak kerana perkara itu berkaitan kepentingan awam.
![Saya tak sokong LTTE, tapi tak payah gelar mereka pengganas - Tun M Saya tak sokong LTTE, tapi tak payah gelar mereka pengganas - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599114931_sidangmedia.jpg)
"Saya tak sokong LTTE, tapi tak payah gelar mereka pengganas" - Tun M
Bagaimanapun, LTTE tidak sewajarnya diambil tindakan seperti menggelarkan mereka pengganas hanya kerana isu di Sri Lanka.
![LTTE: Sukar dituduh semula jika sudah dilepas, dibebas - Peguam LTTE: Sukar dituduh semula jika sudah dilepas, dibebas - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51584354431_TBjpg.jpg)
LTTE: Sukar dituduh semula jika sudah dilepas, dibebas - Peguam
Beliau, bagaimanapun, meyakini bahawa kes itu sudah tamat berdasarkan keputusan yang telah ditetapkan mahkamah.
![Pengguguran kes LTTE akan disemak semula - KDN Pengguguran kes LTTE akan disemak semula - KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513156897_menterikpdnkk.jpg)
Pengguguran kes LTTE akan disemak semula - KDN
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sebelum ini memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan kumpulan LTTE.
![LTTE: Polis belum terima makluman rasmi daripada pejabat Peguam Negara LTTE: Polis belum terima makluman rasmi daripada pejabat Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/41582343457_ketuapolis.jpg)
LTTE: Polis belum terima makluman rasmi daripada pejabat Peguam Negara
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihaknya masih belum menerima sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
![Kenyataan penuh Peguam Negara Tommy Thomas berhubung perbicaraan LTTE Kenyataan penuh Peguam Negara Tommy Thomas berhubung perbicaraan LTTE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51576247542_TBTOMMYTHOMAS.jpg)
Kenyataan penuh Peguam Negara Tommy Thomas berhubung perbicaraan LTTE
Keputusan muktamad itu dibuat selepas melihat tidak ada prospek jelas untuk sabitan ke atas mana-mana 34 pertuduhan dikenakan.
![LTTE: Peguam Negara hentikan prosiding terhadap 12 tertuduh serta merta LTTE: Peguam Negara hentikan prosiding terhadap 12 tertuduh serta merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71582274130_TommyThomas.jpg)
LTTE: Peguam Negara hentikan prosiding terhadap 12 tertuduh serta merta
Tiada prospek jelas untuk sabitan mana-mana 12 tertuduh berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), jelas Peguam Negara, Tommy Thomas menerusi satu kenyataan yang dibuat hari ini.
![Permohonan jamin dua ADUN, CEO berkaitan LTTE ditolak Permohonan jamin dua ADUN, CEO berkaitan LTTE ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41576667901_TBLTTE.jpg)
Permohonan jamin dua ADUN, CEO berkaitan LTTE ditolak
Mahkamah Sesyen Ayer Keroh menolak permohonan ikat jamin terhadap tiga individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung penglibatan kumpulan pengganas LTTE.
![LTTE: Dakwaan tahanan diberi layanan buruk tidak benar - Muhyiddin LTTE: Dakwaan tahanan diberi layanan buruk tidak benar - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71570710206_polis.jpg)
LTTE: Dakwaan tahanan diberi layanan buruk tidak benar - Muhyiddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakan itu telah dibuat pihaknya bersama Ketua Polis Negara dan pegawai yang terlibat berkenaan dakwaan itu.
![LTTE: Tiada tawaran jaminan untuk ADUN Gadek LTTE: Tiada tawaran jaminan untuk ADUN Gadek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61572488373_TBLTTEjpg.jpg)
LTTE: Tiada tawaran jaminan untuk ADUN Gadek
Tiada sebarang tawaran jaminan diberikan kepada ADUN Gadek, G Saminathan, 34 tahun yang menjadi suspek menyokong kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).