PUTRAJAYA: Seorang guru Bahasa Inggeris dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Wilayah Persekutuan Labuan atas pertuduhan menipu tiga individu berhubung pembelian sebidang tanah.
Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad melepas dan membebaskan Fauziah Halim, 45, semalam tanpa dipanggil membela diri.
Menurut peguam Fauziah, Datuk Seri K. Rakhbir Singh, majistret memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap anak guamnya dan membebaskannya daripada semua pertuduhan.
Guru sekolah menengah itu didakwa atas dua pertuduhan menipu Salmah Abdul Rahman.
Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mendorong (Salmah) menyerahkan RM5,000 berhubung pembelian lot tanah yang terletak di Kampung Bukit Kuda di Labuan pada 11 April 2016.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mendorong Salmah untuk menyerahkan RM72,500 pada 7 Jun 2016 juga berkaitan pembelian tanah yang sama.
Fauziah juga didakwa menipu Nor Aslinda Yaacop untuk menyerahkan wang RM20,000 berhubung pembelian satu lagi lot tanah di lokasi sama pada 31 Jan 2018.
Bagi pertuduhan ketiga, Fauziah didakwa menipu Zainol Anuar Mohd Noor membabitkan nilai RM40,000 pada 10 Jan 2017 bagi pembelian satu lagi lot tanah di lokasi sama.
Guru itu yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bermula pada 6 Ogos 2019 dan pihak pendakwaan menutup kes pada 9 Ogos lepas dan selepas itu kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan masing-masing.
Timbalan Pendakwa Raya, Suriyati Jumain mewakili pihak pendakwaan. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022

Seorang guru Bahasa Inggeris dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Wilayah Persekutuan Labuan atas pertuduhan menipu tiga individu berhubung pembelian sebidang tanah.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Guru Bahasa Inggeris bebas tuduhan menipu
Pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap Fauziah Halim.

Kes guru didakwa tidak hadir ke kelas tujuh bulan dibicarakan 12 Sept ini
Kes guru tidak hadir ke kelas selama tujuh bulan akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 12 September ini.

Murid teruja 'Lisa Blackpink' mengajar bahasa Inggeris
Teeraphong hadir ke kelas dengan rambut palsu berwarna kelabu, muka dipenuhi alat solek berwarna-warni, serta bulu mata yang dibuat daripada bulu ayam.