KUALA LUMPUR:Pelajar-pelajar yang dibenarkan hadir ke sekolah bagi menjalani pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka diminta memanfaatkan peluang dengan bersungguh-sungguh sebelum menduduki peperiksaan.
Rata-rata ibu bapa yang ditemui Astro AWANI menzahirkan perkara sama agar tumpuan sepenuhnya diberikan pelajar dan guru demi masa depan yang lebih baik.
Seorang ibu murid, Rohana Abdullah, 40, memberitahu selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat diamalkan di sekolah, guru-guru juga diharap dapat memantau pergerakan bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19.
“Sebagai ibu bapa, kami juga risau akan penularan wabak di sekolah lebih-lebih lagi kes ketika ini sangat tinggi, jadi adalah diharapkan agar cikgu beri penekanan terhadap aspek pematuhan SOP dalam mengawal jangkitan.
"Selain itu, pelajar dan guru juga diharap dapat menggunakan manfaat yang ada ini untuk fokus dan menumpukan perhatian sepenuhnya sebelum menduduki peperiksaan kelak," katanya, di sini, pada Rabu.
Bagi Razani Mustapha, 52, berharap agar peluang yang diberikan kerajaan benar-benar dimanfaat pelajar dan guru.
"Kita faham keadaan sekarang amat sukar, tetapi peluang yang diberikan kerajaan untuk terus membuka sekolah kepada mereka yang menduduki peperiksaan ketika negara berada di bawah PKP perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
"Saya gembira kerana sekolah telah dibuka kepada mereka (yang menduduki peperiksaan) kerana cara pembelajaran dalam talian kurang berkesan berbanding secara fizikal," katanya.
Menzahirkan rasa sama, Wong Huk Man, 38, juga berharap agar anak-anak kekal fokus dan tenang dalam menghadapi dugaan ini.
"Sudah beberapa kali peperiksaan sebegini ditangguhkan kerana penularan wabak COVID-19 dan saya berharap ianya tidak akan ditangguhkan lagi demi masa depan anak-anak untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi," ujarnya.
Sementara itu, tinjauan Astro AWANI di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Permaisuri, Cheras, di sini mendapati, kebanyakan pelajar menzahirkan rasa teruja dan gembira untuk memulakan sesi PdP secara fizikal selepas sekian lama hanya dilakukan secara PdPR.
Hasil pemerhatian juga mendapati, kehadiran pelajar agak memberangsangkan dan guru-guru turut menyambut kehadiran pelajar sebagai sokongan moral dengan pematuhan SOP yang ketat seperti pemakaian pelitup muka, imbasan kehadiran pelajar dan penjarakan fizikal.
BACA: Murid kelas peperiksaan di negeri PKP dibenarkan ke sekolah 20 Januari
BACA: Sekolah di negeri PKPB, PKPP dibuka 20 Januari, tadika swasta beroperasi macam biasa
BACA: Kawasan PKP: Murid sekolah rendah hingga Tingkatan 4 boleh ikuti PdPR
Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata sesi persekolahan 2021 kekal dibuka hari ini, namun pembelajaran secara bersemuka hanya melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan peperiksaan antarabangsa setara.
Radzi berkata, pelajar lain iaitu bagi sekolah rendah, Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat, serta pelajar-pelajar di Kolej Vokasional semester 2, SVM dan DVM 2020 mereka akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) terlebih dahulu.
Fauzi Suhaimi
Wed Jan 20 2021
Tinjauan Astro AWANI di SMK Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur mendapati, kebanyakan pelajar menzahirkan rasa teruja dan gembira untuk memulakan sesi PdP secara fizikal bermula hari ini. - Gambar Astro AWANI/Fauzi Suhaimi
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Pengambilan khas isi jawatan guru di Sarawak dijangka selesai akhir tahun
Penempatan guru menerusi pengambilan khas untuk Sarawak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dijangka diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Karnival Jom Masuk TVET, dedahkan pengalaman menarik bidang TVET
Karnival Jom Masuk TVET Zon Selatan yang diadakan tiga hari bermula semalam sehingga Ahad diharap memberi impak positif penyertaan terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia
MEDIU menawarkan dua biasiswa khas untuk pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di universiti antarabangsa itu bagi pengambilan September.
Al-Sultan Abdullah tidak mahu ajaran sesat bertapak di Pahang
Al-Sultan Abdullah hari ini bertitah bahawa baginda tidak mahu sebarang ajaran sesat dan menyeleweng daripada agama Islam yang sebenar serta tidak mengikuti landasan ASWJ bertapak di negeri itu.
Kelantan peruntuk lebih RM100 juta tahun ini untuk kelestarian pendidikan
Kelantan memperuntukkan RM125.2 juta untuk kelestarian pendidikan bagi tahun ini yang akan disalurkan menerusi Yayasan Islam Kelantan (YIK), kata Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
UMNO mahu golongan muda miliki pekerjaan berkualiti melalui TVET
UMNO komited mahu golongan muda mendapat peluang pekerjaan berkualiti menerusi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menawarkan lebih 4,000 kursus kemahiran.
Baki 712 pelajar cemerlang SPM ditawar program matrikulasi secara berperingkat
Baki 712 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tawaran ke program matrikulasi akan ditawarkan selewat-lewatnya minggu ketiga bulan depan.
KPM komited pastikan tiada keciciran data pelajar untuk kemasukan universiti
Ketika ini Kementerian Pendidikan sedang memperbaiki dan menambah baik sistem integrasi data di sekolah swasta dan di luar KPM.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.