Menyamar sebagai bot nelayan tempatan bagi mengelirukan pihak penguat kuasa, itu antara modus operandi terbaharu yang digunakan nelayan asing bagi merompak hasil laut negara.
Kegiatan itu dibongkar Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) susulan penahanan 47 nelayan Vietnam termasuk tekong kira-kira jam 3.30 petang hingga 4.30 petang pada Sabtu.
Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kesemua bot itu dikesan ketika sedang menangkap ikan di empat lokasi berbeza iaitu antara 118 hingga 123 batu nautika dari Kuala Terengganu.
Menurut Muhammad Suffi, bot nelayan berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan tiada lesen yang sah.
Jelasnya, pihaknya turut mengesan terdapat segelintir pemilik lesen bot warga tempatan yang mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil pajakan bot mereka kepada nelayan warga asing.
"Hasil perisikan kita mendapati lesen yang dipajak untuk setahun penggunaan kepada nelayan Vietnam ini nilainya tidak kurang daripada RM200,000.
"Kalau ada lima lesen, kali RM200,000 dah RM1 juta. Jadi taukeh ini dengan tidak menggunakan apa, kaedah penangkapan ikan seperti biasa, mereka hanya memajakkan lesen kepada nelayan negara Vietnam," kata Muhammad Suffi.
Katanya lagi, hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan mendapati hanya empat kru memiliki pasport Vietnam manakala yang lain tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Kesemua mereka yang berusia di antara 17 dan 57 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia serta Akta Imigresen kerana tekong dan kru tidak memiliki sebarang dokumen yang sah.
Muhammad Suffi berkata pihaknya turut merampas hasil laut, bekalan diesel, bot dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai hampir RM5 juta.
Katanya, pihak Maritim Malaysia akan menyiasat dan membongkar taktik penyamaran menggunakan nombor pendaftaran bot nelayan tempatan.
Nur Fazlizai Ali
Mon Jul 06 2020

MUHAMMAD SUFFI: Hasil perisikan kita mendapati lesen yang dipajak untuk setahun penggunaan kepada nelayan Vietnam ini nilainya tidak kurang daripada RM200,000. -Astro AWANI

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Dua bot nelayan tempatan disyaki langgar syarat sah lesen ditahan
Kedua-dua bot berkenaan dikesan pada kedudukan 35 dan 36 batu nautika di timur laut Kuala Terengganu pada Ahad.

Guna 'bot pajak' taktik terbaharu nelayan warga asing rompak hasil laut negara
Pihaknya turut mengesan terdapat segelintir pemilik lesen bot warga tempatan yang mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil pajakan bot mereka kepada nelayan warga asing.

Empat nelayan Indonesia ditahan di perairan Miri
Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, empat kru lelaki berumur 24 hingga 39 tahun itu ditahan ketika menangkap ikan di lokasi 3.7 batu nautika dari Kuala Baram.

Malaysia hilang hasil sehingga RM6b setahun akibat tangkapan ikan secara haram
Meskipun langkah-langkah penguatkuasaan ketat di Indonesia, Malaysia dan Thailand, isu penangkapan ikan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak terkawal (IUU) terus berleluasa.