PUTRAJAYA: Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi untuk menyampaikan saman fitnahnya terhadap bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui perkhidmatan gantian dengan cara menyiarkannya di akhbar.
Peguam K. Simon Murali yang mewakili Lim memberitahu Bernama bahawa permohonan anak guamnya untuk menyampaikan writ saman dan pernyataan tuntutan melalui perkhidmatan gantian telah dibenarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sungai Petani Muhammad Amzar Ismail hari ini.
Dalam permohonan ex-parte (sebelah pihak), Lim memohon agar dokumen itu dipaparkan pada papan kenyataan Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Sungai Petani di Kedah dan juga disiarkan dalam akhbar The Star serta Berita Harian.
Perkhidmatan gantian adalah untuk menghantar dokumen dalam litigasi awam dalam bentuk surat, iklan untuk disiarkan dalam akhbar atau apa-apa kaedah lain yang membolehkan prosiding mendapat perhatian defendan selepas penyampaian peribadi dokumen tidak dapat dilaksanakan.
Dalam samannya yang difailkan pada 17 April lepas, Lim mendakwa Mohamed Azmin telah membuat kenyataan berbaur fitnah terhadapnya dalam satu majlis di Lunas, Kedah pada 12 Nov tahun lepas sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 yang dihadiri media yang membuat liputan kempen pilihan raya.
Lim mendakwa Mohamed Azmin membayangkan beliau (Lim) bersikap angkuh, telah menakutkan komuniti perniagaan sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar The Star pada 13 Nov lepas.
Dalam pernyataan tuntutannya, Lim, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata kenyataan menyinggung perasaan yang merujuk secara khusus terhadap dakwaan kelakuannya semasa menjadi Menteri Kewangan telah menjejaskan kredibiliti dan reputasinya.
Beliau berkata kenyataan itu dalam maksud biasa antara lain mendakwa beliau telah menyalahgunakan kuasa sebagai menteri kewangan ketika itu dengan menggunakan agensi kerajaan untuk tujuan yang tidak wajar.
Lim berkata kenyataan itu adalah memfitnahnya yang telah memperlekehkannya dalam kedudukan peribadinya dan dalam kapasiti dan profesion rasminya.
Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan serta permohonan maaf tanpa syarat daripada Mohamed Azmin untuk diterbitkan dalam akhbar The Star dan secara dalam talian The Star.
Beliau juga memohon untuk dibayar faedah ke atas jumlah yang diberikan sebagai ganti rugi dan relif atau perintah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Murali memberitahu Bernama bahawa beberapa percubaan telah dibuat untuk menyampaikan writ saman dan pernyataan tuntutan itu secara peribadi kepada Mohamed Azmin namun gagal. Beliau berkata beliau kemudian memfailkan permohonan ex-parte untuk dokumen itu diserahkan kepada Mohamed Azmin melalui perkhidmatan gantian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Lim Guan Eng dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi untuk menyampaikan saman fitnahnya terhadap Azmin Ali melalui perkhidmatan gantian dengan cara menyiarkannya di akhbar. - Gambar fail/BERNAMA
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Saksi dakwa Lim akan beri projek terowong jika atur MoU dengan syarikat China
Pengarah ZCSB mendakwa Lim akan memberinya Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang secara rundingan terus, jika beliau dapat mengaturkan MoU dengan sebuah syarikat dari China.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Perbicaraan kes terowong dasar laut Lim Guan Eng ditangguh ke 19 Sept
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan ke 19 September.
Rakan Lim Guan Eng janjikan tanah untuk kajian kemungkinan terowong - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Guan Eng, memberitahu mahkamah syarikatnya dihimpit masalah kewangan sehingga menyebabkan beliau terpaksa mencari sumber dana lain.
Dana syarikat arak: Akmal pertahan kenyataan Fadhlina
Garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung kutipan dana sekolah adalah untuk menjaga sensitiviti agama dan bangsa di negara ini.
AGC tolak representasi Guan Eng untuk gugur empat pertuduhan rasuah
Representasi dikemukakan bekas Guan Eng untuk menggugurkan empat pertuduhan rasuah membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC).
Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi
Tiada dokumen yang menunjukkan bahawa Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
Kes terowong dasar laut: Guan Eng kemuka representasi gugur pertuduhan rasuah
Lim Guan Eng telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi menggugurkan empat pertuduhan rasuah terhadapnya.
Perincian jumlah pelaburan BlackRock di Malaysia tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jumlah pelaburan BlackRock dan syarikat berkaitannya di Malaysia antara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.