GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Lim Guan Eng memohon kepada kerajaan supaya peruntukan RM500,000 setahun untuk kesemua ADUN kerajaan ditambah kepada RM800,000, sama seperti di Selangor.
Lim berkata perkara itu dicadangkan, memandangkan prestasi kewangan kerajaan negeri dilaporkan mencapai prestasi baik dan tidak ada sebab mengapa peruntukan ADUN kerajaan tidak boleh ditambah, demi memberikan manfaat yang lebih kepada rakyat.
"Tambahan peruntukan ini adalah wajar dan juga membalas budi dan terima kasih kepada rakyat Pulau Pinang, atas kesetiaan dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada pengundi kita kepada Kerajaan Perpaduan.
"Sebagai negeri yang dianggap sama maju dengan Selangor, tidak ada sebab kita kalah dari aspek peruntukan pembangunan kawasan. Kalah kepada Selangor dari segi elaun dan ganjaran wakil rakyat tak apa, tetapi janganlah untuk pengundi kita di Pulau Pinang kalah kepada Selangor dalam aspek peruntukan pembangunan," katanya semasa membahas menyokong Belanjawan 2024 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri Pulau Pinang mengekalkan peruntukan kepada ADUN kerajaan iaitu RM500,000, manakala ADUN pembangkang sebanyak RM60,000 setahun.
Sementara itu, Lim berkata penting bagi kerajaan negeri menyokong penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang, sama seperti dengan apa yang diumumkan di Johor Bahru, Johor kerana ia bukanlah sesuatu yang memudaratkan atau negatif untuk negeri.
Beliau berkata sekiranya kerajaan negeri membuat permohonan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan sokongan sebulat suara daripada semua ADUN Pulau Pinang termasuk daripada pembangkang, maka peluang untuk diluluskan adalah lebih baik dan memanfaatkan masa depan negeri.
"Kalau boleh satu untuk selatan, mengapa tidaknya satu lagi untuk kawasan utara? Ketua Menteri (Chow Kon Yeow) menyatakan perlu sedikit masa untuk membuat kajian dan saya syorkan agar Zon Kewangan Khas disetuju terima dengan segera, kerana bukanlah sesuatu yang memudaratkan atau negatif untuk Pulau Pinang dan harus dipersetujui.
"Saya tak rasa semua ADUN termasuk pembangkang tak menentang kan (Zon Kewangan Khas) dan (nampaknya) disambut sebulat suara semuanya...sokong Zon Kewangan Khas ok baik, kalau setuju jelas sokongan sebulat suara Pulau Pinang diluluskan lebih baik dan memanfaatkan masa depan negeri," katanya.
Lim berkata memandangkan Pulau Pinang kini mempunyai critical mass dengan asas industri pembuatan yang matang, ini akan memacu pembangunan dan merancakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan bukan sahaja di wilayah utara, tetapi untuk seluruh negara.
"Dengan cukai 15 peratus dan juga visa kemasukan berulang kali, ia akan menarik pekerja berkepakaran tinggi dan juga menyekat aliran keluar rakyat Malaysia yang berbakat tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Lim Guan Eng memohon kepada kerajaan supaya peruntukan RM500,000 setahun untuk kesemua ADUN kerajaan ditambah kepada RM800,000, sama seperti di Selangor. - Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.

Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.

Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal dalam rayuannya berhubung saman fitnahnya terhadap naib presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng dan akhbar The Star.

Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.

Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali
Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng menegur pihak pembelaan agar tidak mengemukakan soalan sama berulang kali.

Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.