Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 berjaya mencapai kejayaan 104 peratus daripada sasaran keseluruhan pada 2013, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sukacita saya ingin mengumumkan bahawa GTP telah berjaya mencapai kejayaan sebanyak 104 peratus daripada sasaran keseluruhan pada 2013," katanya ketika melancarkan Laporan Tahunan GTP dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2013 di Auditorium Perdana, Angkasapuri pada Isnin.
Laporan tersebut juga menunjukkan 5 daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) menjadi pemacu utama kepada cabang Program Transformasi Nasional (NTP).
Program transformasi tersebut telah dilancarkan oleh kerajaan sudah hampir lima tahun dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Jelas Najib dalam ucapannya, piawaian tinggi telah diletakkan kepada inisiatif GTP 2.0 yang telah mencabar pasukan pelaksanaan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) berbanding keberhasilan GTP 1.0.
Menurut beliau, pemberian tambahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.91 bilion, telah berjaya memberi manfaat kepada lebih 4.8 juta isi rumah berpendapatan rendah.
Jelasnya, pada tahun 2013 sahaja, ETP menyumbang RM7.4 bilion kepada PNK dengan menawarkan 29,373 peluang pekerjaan baru dalam usaha memacu pelaburan bernilai RM8 bilion.
Katanya NKEA yang menyumbang kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) adalah minyak sawit dan getah, Greater Kuala Lumpur; perkhidmatan kewangan; minyak, gas dan tenaga; serta perkhidmatan perniagaan.
Kata Najib, sumbangan keseluruhan PNK 5 NKEA tersebut adalah RM810.9 bilion dan mewujudkan 934,300 peluang pekerjaan.
NKEA minyak sawit dan getah menyumbang 230.9 bilion PNK merangkumi 41,600 peluang pekerjaan membabitkan usaha membangunkan kemudahan biogas di kilang minyak sawit, meningkatkan hasil buah tandan segar (BTS) dan mempercepatkan pertumbuhan produk makanan dan kesihatan dalam segmen hiliran.
Bagi Greater Kuala Lumpur pula, dengan nilai RM190 bilion PNK, ia menyediakan 320,000 pekerjaan baru terus berkembang menerusi usaha InvestKL dalam menarik 100 syarikat multinasional.
"Greater Kuala Lumpur menerusi usaha InvestKL telah menarik 100 syarikat multinasional," kata Perdana Menteri.
Menurut laporan, NKEA perkhidmatan kewangan dengan nilai PNK RM180.2 bilion pada jumlah pekerjaan baru yang ditawarkan sebanyak 275,400 membabitkan usaha mencergaskan semula pasaran ekuiti Malaysia, memperkukuh dan memperluaskan pasaran bon disamping menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam global yang unggul.
Bagi NKEA minyak, gas dan tenaga, ia menyumbang RM131.4 bilion PNK dengan 52,300 pekerjaan baru menerusi inisiatif mencergaskan semula telaga sedia ada menerusi pemerolehan minyak tertingkat (EOR) dan menggalakkan pelaburan dalam industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE).
Kata Najib, dengan sumbangan RM78.7 bilion PNK dan 245,000 pekerjaan baru, NKEA perkhidmatan perniagaan membabitkan usaha mengembangkan perkhidmatan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat dalam industri penerbangan, membina pihak pembekal perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan menempatkan Malaysia sebagai hab pusat data bertaraf dunia.
Dalam pada itu, Najib berkata sasaran negara bagi PNK adalah berdasarkan PNK per kapita Bank Dunia bagi ekonomi berpendapatan tinggi iaitu USD$12,276, di samping mengambil kira angka penanda aras inflasi global lampau Bank Dunia iaitu 2 peratus sehingga tahun 2020.
Astro Awani
Mon May 12 2014
![GTP berjaya capai sasaran 104 peratus pada 2013 - Najib GTP berjaya capai sasaran 104 peratus pada 2013 - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/81399908153_295x200.jpg)
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Laporan Tahunan GTP dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2013.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Ini soalan yang belum terjawab tentang 'projek kereta nasional ketiga' Ini soalan yang belum terjawab tentang 'projek kereta nasional ketiga'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71565712760_TBNATIONALCARjpg.jpg)
Ini soalan yang belum terjawab tentang 'projek kereta nasional ketiga'
Sudah hampir seminggu projek kereta nasional ketiga diumumkan dan masih banyak soalan yang belum dijawab.
![Malaysia berani laksana transformasi bagi kurangkan kebergantungan hasil minyak - PM Najib Malaysia berani laksana transformasi bagi kurangkan kebergantungan hasil minyak - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/71485070691_DSNajibTunRazak.jpg)
Malaysia berani laksana transformasi bagi kurangkan kebergantungan hasil minyak - PM Najib
Pelbagai usaha terancang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah ETP berjaya mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan berkaitan petroleum.
![PM Najib gembira KL tempat ke-19 bandaraya paling mampan dari segi ekonomi di dunia PM Najib gembira KL tempat ke-19 bandaraya paling mampan dari segi ekonomi di dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51451983712_KUALALUMPUR.jpg)
PM Najib gembira KL tempat ke-19 bandaraya paling mampan dari segi ekonomi di dunia
Perdana menteri berkata pengiktirafan itu adalah berdasarkan prestasi kukuh negara dalam pelbagai sektor dan projek.
![Malaysia mampu capai status negara maju sepenuhnya menjelang 2020, kata Najib Malaysia mampu capai status negara maju sepenuhnya menjelang 2020, kata Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81461678948_DSNajibRazak.jpg)
Malaysia mampu capai status negara maju sepenuhnya menjelang 2020, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan keyakinan beliau bahawa Malaysia mampu merealisasikan status negara maju sebenarnya menjelang 2020 menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).
![Malaysia tidak alami krisis ekonomi - Najib Malaysia tidak alami krisis ekonomi - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81446442015_NajibPMO.jpg)
Malaysia tidak alami krisis ekonomi - Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan Malaysia kini berdepan krisis ekonomi, seperti yang dibimbangi rakyat.
![Malaysia lebih kukuh kini berbanding krisis ekonomi Asia 1997 - Najib Malaysia lebih kukuh kini berbanding krisis ekonomi Asia 1997 - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71440477088_NAJIBCUKAI.jpg)
Malaysia lebih kukuh kini berbanding krisis ekonomi Asia 1997 - Najib
Menurut Najib, Malaysia sudah belajar daripada kesan buruk krisis tersebut dan ditangani pula dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara.
![Saya tidak akan sekali-kali menyerah kalah - Najib Razak Saya tidak akan sekali-kali menyerah kalah - Najib Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/81430235405_295x200.jpg)
Saya tidak akan sekali-kali menyerah kalah - Najib Razak
Perdana Menteri Najib Razak tidak akan sekali-kali menyerah kalah walaupun terus diserang dengan pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak.
![GTP berjalan lancar dan membuahkan hasil positif - Najib GTP berjalan lancar dan membuahkan hasil positif - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/81430232684_295x200.jpg)
GTP berjalan lancar dan membuahkan hasil positif - Najib
Segala program yang dirancang di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) berjalan lancar.
![Laporan Tahun 2014 GTP Dan ETP: Intipati Ucapan Perdana Menteri Laporan Tahun 2014 GTP Dan ETP: Intipati Ucapan Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/61430232299_295x200.jpg)
Laporan Tahun 2014 GTP Dan ETP: Intipati Ucapan Perdana Menteri
Intipati Laporan Tahun 2014 Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
![GTP dan ETP diiktiraf dunia - PM Najib GTP dan ETP diiktiraf dunia - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/51430232011_295x200.jpg)
GTP dan ETP diiktiraf dunia - PM Najib
Kejayaan PEMANDU melaksanakan GTP dan ETP berjaya menarik perhatian dunia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.