Segala program yang dirancang di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah berjalan lancar seperti direncanakan dan sedang membuahkan hasil positif, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata pelaksanaan GTP dan ETP dibuat berdasarkan maklum balas dan dengan merundingi pelbagai lapisan rakyat.
"Usaha-usaha dalam GTP dan ETP ini adalah antara bukti bahawa kerajaan kita tidak berwenang-wenang duduk bersimpuh. Dalam bahasa mudah budak-budak muda sekarang, apa yang pentadbiran kerajaan sedang buat kini, bukanlah sesuatu yang syok sendiri.
"Ini adalah asas kepimpinan saya. Penglibatan dan memahami keperluan rakyat adalah amat penting dan menjadi panduan kepada saya untuk melaksanakan program-program yang tepat untuk semua rakyat Malaysia," katanya ketika melancarkan Laporan Tahun 2014 GTP dan ETP di sini, malam ini yang disiarkan secara langsung menerusi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).
Pelaksanaan GTP yang pertama (GTP 1.0) berlangsung pada 2010 hingga 2012, diikuti GTP 2.0, bermula 2012 sehinggalah penghujung tahun ini manakala GTP 3.0 dan selanjutnya akan dijadikan penilaian untuk menentukan negara sebagai status negara maju.
GTP mempunyai tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu - Menangani Kos Sara Hidup Rakyat; Mempertingkatkan Pembangunan Luar Bandar;
Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar; Mempertingkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Memastikan Pendidikan Berkualiti; Mengurangkan Jenayah; dan Membanteras Rasuah.
Menurut Perdana Menteri apa yang dilaporkan pada malam ini adalah kisah benar pencapaian yang disokong dan diperkukuhkan melalui fakta-fakta dan kumpulan data serta nombor-nombor yang sahih.
"Paling penting, segala yang dicatat dan dimaktubkan dalam laporan GTP ini... dan laporan ETP ini... semuanya berasaskan kepada 'fact and figures' (fakta dan angka), yang diiktiraf oleh pelbagai pihak, sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa, khususnya diabsahkan oleh juruaudit bertauliah. Ertinya, kita bukan mereka-reka segala angka dan digit," katanya.
Najib berkata perkara itu ditimbulkan memandangkan kebelakangan ini kerajaan telah diasak dan dikritik dengan pedas dan hangatnya oleh sesetengah pihak.
"Adalah menjadi resam dan adat di dunia, bahawa, untuk memenuhi kemahuan dan kehendak setiap pihak, dalam apa jua hal dan perkara, sememangnya adalah sesuatu yang mustahil dan bukan bersifat kemanusiaan. Hanya Allah SWT sebagai Maha Pencipta dan Maha Melengkapi segalanya," katanya.
Najib berkata kejayaan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) menyelia pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) berjaya menarik perhatian beberapa negara di dunia, yang kini mengguna pakai model dan khidmat konsultansi PEMANDU.
Dalam ucapannya Perdana Menteri menggariskan lima petunjuk utama pelaksanaan GTP dan ETP kepada negara dan rakyat keseluruhan sepanjang tempoh lima tahun ia dilaksanakan bermula 2010.
Pertama, katanya, pendapatan per kapita rakyat meningkat daripada AS$7,059 pada 2009 kepada AS$10,426 pada 2014; kedua, nilai pelaburan kekal tinggi dengan pelaburan sebanyak RM142 bilion pada 2009 dan telah meningkat kepada RM228 bilion pada tahun lepas.
Tambah beliau lagi, petunjuk lain ialah 1.5 juta pekerjaan baharu telah diwujudkan setakat 2014 dalam sektor-sektor NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara) sejak 2010; lebih lima juta rakyat lagi di kawasan luar bandar telah mendapat manfaat kemudahan asas, seperti bekalan elektrik dan air bersih semenjak GTP dan ETP dilaksanakan.
Selain itu, hampir 170,000 golongan miskin telah berjaya dibawa keluar daripada kepompong kemiskinan, susulan kenaikan jumlah pendapatan mereka dalam tempoh lima tahun ini.
Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa mendengar rungutan dan kritikan serta amat mengalu-alukan pandangan juga pendapat yang diberikan oleh semua golongan termasuk rakyat dalam bersama-sama membangunkan negara.
"Namun, harus diingat, apa jua bentuk kritikan dan saranan, perlulah bersifat membina dan tidak semberono atau main hentam melulu sahaja kerana hanya dengan kritikan dan saranan-saranan yang membina, barulah kita mampu memperbetulkan, mengislah dan memperbaiki segala yang kurang dan kelemahan yang wujud di sana sini," katanya.
Najib turut menyeru agar rakyat dapat berfikir dengan matang dan tidak diselubungi emosi dalam menghakimi kerajaan dan usaha-usaha murni kerajaan selama ini.
Beliau turut menyeru rakyat menjauhkan segala sengketa dan mencari titik persamaan demi kemakmuran negara.
"Walau dilintang dengan seribu aral, biarpun kita sedang diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku Perdana Menteri, bersama-sama Timbalan Perdana Menteri dan didukung pula para menteri serta rakan-rakan anggota pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah, malah akan tetap beristiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baharu demi kebaktian kepada rakyat dan negara," katanya.
Bernama
Tue Apr 28 2015

Segala program yang dirancang di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) berjalan lancar.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Ini soalan yang belum terjawab tentang 'projek kereta nasional ketiga'
Sudah hampir seminggu projek kereta nasional ketiga diumumkan dan masih banyak soalan yang belum dijawab.

Malaysia berani laksana transformasi bagi kurangkan kebergantungan hasil minyak - PM Najib
Pelbagai usaha terancang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah ETP berjaya mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan berkaitan petroleum.

PM Najib gembira KL tempat ke-19 bandaraya paling mampan dari segi ekonomi di dunia
Perdana menteri berkata pengiktirafan itu adalah berdasarkan prestasi kukuh negara dalam pelbagai sektor dan projek.

Malaysia mampu capai status negara maju sepenuhnya menjelang 2020, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan keyakinan beliau bahawa Malaysia mampu merealisasikan status negara maju sebenarnya menjelang 2020 menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Malaysia tidak alami krisis ekonomi - Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan Malaysia kini berdepan krisis ekonomi, seperti yang dibimbangi rakyat.

Malaysia lebih kukuh kini berbanding krisis ekonomi Asia 1997 - Najib
Menurut Najib, Malaysia sudah belajar daripada kesan buruk krisis tersebut dan ditangani pula dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara.

Saya tidak akan sekali-kali menyerah kalah - Najib Razak
Perdana Menteri Najib Razak tidak akan sekali-kali menyerah kalah walaupun terus diserang dengan pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak.

GTP berjalan lancar dan membuahkan hasil positif - Najib
Segala program yang dirancang di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) berjalan lancar.

Laporan Tahun 2014 GTP Dan ETP: Intipati Ucapan Perdana Menteri
Intipati Laporan Tahun 2014 Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

GTP dan ETP diiktiraf dunia - PM Najib
Kejayaan PEMANDU melaksanakan GTP dan ETP berjaya menarik perhatian dunia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.