KUALA LUMPUR: GlaxoSmithKline Malaysia (GSK) menarik balik satu kumpulan 'Zyrtec-D (120mg/5mg Tablets x400) Allergy Relief and Nasal Decongestant Tablets' dengan nombor kumpulan 321907 dan tarikh luput Januari 2025 dicetak pada pek papan ubat (blister pack).
GSK dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan menarik balik produk itu adalah langkah berjaga-jaga selepas sebahagian unit ditemukan mempunyai kerosakan dan tidak dipek dengan betul.
"Semua pek dan/atau papan tablet daripada kumpulan ini ditarik balik daripada semua peringkat dalam pasaran Malaysia, termasuk yang telah dikeluarkan untuk pesakit.
"GSK memohon semua pesakit yang telah menerima tablet Zyrtec-D dari mana-mana kedai runcit, farmasi dan premis kesihatan dalam negara, untuk memulangkan semula produk itu dengan kadar segera kepada tempat asal diterima, dalam tempoh 15 hari," menurut kenyataan itu.
GSK turut menggesa pengamal perubatan untuk menghentikan preskripsi, pengeluaran, penjualan atau pengedaran produk daripada kumpulan ini, manakala pesakit perlu mendapatkan nasihat daripada penyedia penjagaan kesihatan mereka mengenai rawatan alternatif.
Menurut GSK, buat masa sekarang, tiada bukti bahawa kumpulan lain terjejas dan tiada aduan diterima mengenai produk itu daripada pasaran sejak 2018.
Syarikat berkenaan, bagaimanapun, memaklumkan penarikan itu tidak melibatkan 'Zyrtec Drop 10mg/ml', 'Zyrtec Solution 1mg/ml' dan 'Zyrtec Tablet 10mg', dan pesakt boleh meneruskan pengambilan ubat-ubatan tersebut.
Bagi maklumat lanjut mengenai penarikan produk itu, pelanggan dan penyedia penjagaan kesihatan boleh menghubungi GSK di talian 03-7495 2600, Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang, atau emel di my.corporatecommunications@gsk.com.
"Pesakit yang telah diberi preskripsi dan produk dikeluarkan daripada kumpulan ini dan mempunyai sebarang pertanyaan, perlu menghubungi penyedia penjagaan kesihatan mereka terlebih dahulu.
"Farmasi, klinik dan hospital yang mempunyai produk ditarik balik untuk dipulangkan, sila terus hubungi Zuellig Pharma Sdn Bhd pada 1800-88-1388 atau emel csc@zuelligpharma.com.
"Sebarang perkara berkaitan maklumat keselamatan/ peristiwa mudarat, sila hubungi GSK Pharmacovigilance menerusi emel di drugsafetyinfo.my@gsk.com," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
![GSK Malaysia tarik balik satu kumpulan Zyrtec-D GSK Malaysia tarik balik satu kumpulan Zyrtec-D](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627516739_TBGSK.jpg)
Keputusan menarik balik produk itu adalah langkah berjaga-jaga selepas sebahagian unit ditemukan mempunyai kerosakan dan tidak dipek dengan betul. -Gambar fail/REUTERS
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![GSK Malaysia tarik balik satu kumpulan Zyrtec-D GSK Malaysia tarik balik satu kumpulan Zyrtec-D](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627516739_TBGSK.jpg)
GSK Malaysia tarik balik satu kumpulan Zyrtec-D
Keputusan menarik balik produk itu adalah langkah berjaga-jaga selepas sebahagian unit ditemukan mempunyai kerosakan dan tidak dipek dengan betul.
![Vaksin malaria pertama dunia akan beri manfaat kepada berjuta kanak-kanak - UNICEF Vaksin malaria pertama dunia akan beri manfaat kepada berjuta kanak-kanak - UNICEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660724216_vaksinmalaria.jpg)
Vaksin malaria pertama dunia akan beri manfaat kepada berjuta kanak-kanak - UNICEF
Pada 2020, hampir setengah juta kanak-kanak lelaki dan perempuan mati akibat penyakit itu di Afrika sahaja, pada kadar satu kematian setiap minit.
![Ubat COVID-19: EU tandatangan perjanjian dengan GSK Ubat COVID-19: EU tandatangan perjanjian dengan GSK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627516739_TBGSK.jpg)
Ubat COVID-19: EU tandatangan perjanjian dengan GSK
Dibangunkan bersama firma Amerika Syarikat Vir Biotechnology, ubat ini boleh digunakan untuk pesakit koronavirus berisiko tinggi dengan gejala ringan, yang tidak memerlukan oksigen.