NEW YORK: Syarikat farmaseutikal Britain, GSK memperoleh kontrak untuk menghasilkan vaksin malaria pertama di dunia supaya berjuta-juta lagi kanak-kanak akan dilindungi daripada penyakit yang membawa maut itu, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Selasa, lapor Xinhua.
Kontrak itu, bernilai sehingga AS$170 juta, akan menghasilkan 18 juta dos vaksin RTS,S yang tersedia dalam tempoh tiga tahun akan datang dan berpotensi menyelamatkan ribuan nyawa kanak-kanak setiap tahun.
Kanak-kanak bawah lima tahun masih antara yang paling terdedah kepada kuman malaria. Pada 2020, hampir setengah juta kanak-kanak lelaki dan perempuan mati akibat penyakit itu di Afrika sahaja, pada kadar satu kematian setiap minit.
Pengarah Bahagian Bekalan UNICEF Etleva Kadilli, berkata pelancaran itu menghantar mesej jelas kepada pembangun vaksin malaria untuk meneruskan usaha mereka.
"Kami harap ini hanyalah permulaan. Inovasi berterusan diperlukan untuk membangun vaksin baharu dan generasi baharu vaksin pada masa depan bagi meningkatkan bekalan yang ada, dan membolehkan pasaran vaksin yang lebih sihat," katanya.
"Ini merupakan satu langkah besar ke hadapan dalam usaha kolektif kami untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak dan mengurangkan beban malaria sebagai sebahagian daripada program pencegahan dan kawalan malaria yang lebih luas," tambahnya.
Malaria berpunca daripada parasit dan disebarkan kepada manusia melalui nyamuk Anopheles betina yang dijangkiti. Walaupun boleh dicegah dan dirawat, penyakit itu boleh membawa maut jika tidak diubati.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih daripada 30 negara mempunyai kawasan dengan penularan malaria pada tahap sederhana hingga tinggi, dan apabila bekalan vaksin bertambah, ia boleh memberi perlindungan tambahan kepada lebih 25 juta kanak-kanak setiap tahun.
Vaksin malaria RTS,S, adalah hasil daripada penyelidikan dan pembangunan selama 35 tahun, merupakan vaksin pertama yang dibangunkan untuk menentang penyakit parasit.
Ia dilancarkan dalam program perintis 2019, yang diselaraskan oleh WHO, di Ghana, Kenya dan Malawi, dan telah sampai kepada lebih 800,000 kanak-kanak.
Pada Oktober tahun lalu, agensi kesihatan PBB mengesyorkan penggunaannya secara meluas di negara-negara dengan penularan malaria sederhana hingga tinggi.
UNICEF menjangkakan menerima permintaan yang tinggi untuk vaksin malaria dari kalangan negara yang terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022
Pada 2020, hampir setengah juta kanak-kanak mati akibat penyakit itu di Afrika sahaja, pada kadar satu kematian setiap minit. - AP
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
Vaksin malaria pertama dunia akan beri manfaat kepada berjuta kanak-kanak - UNICEF
Pada 2020, hampir setengah juta kanak-kanak lelaki dan perempuan mati akibat penyakit itu di Afrika sahaja, pada kadar satu kematian setiap minit.