Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah menasihat graduan yang baru sahaja tamat pengajian supaya tidak terlalu memilih pekerjaan dalam ketidaktentuan ekonomi kini.
Baginda bertitah, "Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini sudah pasti cabaran dan kekangan dalam mendapatkan pekerjaan idaman terhad dan persaingannya juga hebat.
"Justeru, para graduan hendaklah bijak mengambil peluang dan merebut apa jua program yang dianjurkan kerajaan bagi membantu anda mencari pekerjaan," titah baginda ketika merasmikan sesi pertama konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-55, di sini hari ini.
Raja Zarith Sofiah yang merupakan Canselor universiti itu turut berharap agar graduan tidak melupakan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan motivasi ketika mereka mengikuti pengajian.
"Teruskanlah berbakti, mudah-mudahan kehidupan anda bertambah berkat," titah baginda.
Pada konvokesyen kali ini, seramai 5,543 graduan menerima anugerah masing-masing iaitu 325 orang bagi Ijazah Doktor Falsafah; 951 (Ijazah Sarjana); 2,988 (Ijazah Sarjana Muda); 633 (Diploma) dan 651 (Diploma Program Kerjasama UTMSPACE).
Dari jumlah itu, 406 orang adalah graduan antarabangsa dari 30 negara.
Sementara itu, dalam majlis sama, Permaisuri Johor turut berkenan mengurniakan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Penganugerahan itu bagi menghargai sumbangan beliau dalam memartabatkan institusi pengajian tinggi ke tahap yang boleh dibanggakan ketika menjadi Menteri Pengajian Tinggi dahulu.
Presiden Kolej Imperial London, Professor Alice Gast turut menerima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan sebagai mengiktiraf kepimpinan beliau dalam bidang akademik dan sumbangannya terhadap penyelidikan kejuruteraan dan sains.
Bernama
Sat Oct 24 2015
Para graduan dinasihatkan bijak mengambil peluang dan merebut apa jua program yang dianjurkan kerajaan
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.
Tawar khidmat seks RM60 di Jalan Pudu, lapan ditahan polis
Kebanyakan pelanggan warga tempatan dan warganegara asing dengan purata langganan seorang pelacur lima hingga 10 orang.
Polis buru lelaki curi jam tangan berjenama di Subang Jaya
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kecurian jam tangan jenama Rolex di sebuah kedai barangan berjenama di Subang Jaya Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat dalam satu kenyataan, kejadian berlaku sekitar jam 10:40 pagi pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat dalam satu kenyataan, kejadian berlaku sekitar jam 10:40 pagi pada Sabtu.
Fandi hampa kesilapan minit akhir punca Sri Pahang FC catat seri
Ketua Jurulatih Sri Pahang FC Fandi Ahmad hampa apabila skuad bimbingannya setakat mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Selangor FC.
Bencana banjir: Mangsa meningkat kepada 519 di enam negeri
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 11 pagi, pada Sabtu.
Kim Swee yakin mentaliti positif pacu kejayaan Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee berharap Sabah FC mengekalkan momentum terbaik mereka setelah beliau melepaskan jawatan Ketua Jurulatih pasukan itu hujung bulan ini.
Lawatan rasmi: PM Anwar adakan lawatan ke Korea Selatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Republik Korea bermula Ahad, atas jemputan Presiden, Yoon Suk Yeol, yang juga merupakan lawatan pertama Anwar ke republik ini sejak mengetuai pentadbiran negara.
[TERKINI] MKN bincang status 500 pelajar guna pangkalan haram hari ini
Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengadakan mesyuarat pagi ini bagi membincangkan isu sempadan termasuk status hampir 500 pelajar dari Thailand yang menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok untuk ke sekolah di Rantau Panjang, Kelantan.
Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.
AWANI Ringkas: Mangsa menurun 481 di enam negeri pagi Ahad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AgongKita: Biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah
Raja Zarith Sofiah merupakan seorang kerabat diraja yang bergiat aktif dalam pelbagai kerja kebajikan, khususnya melalui platform badan bukan kerajaan (NGO).
Situasi di Palestin meruntun hati Permaisuri Johor
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah menitiskan air mata mengenangkan nasib menimpa rakyat Palestin di bumi Gaza ketika ini.
Permaisuri Johor berkenan ziarah kubur kanak-kanak maut didera
Raja Zarith Sofiah menghabiskan masa kira-kira sejam di tanah perkuburan itu.
Selepas tiga tahun tangguh Majlis Konvokesyen, UTM raikan 8,956 graduan
Selepas tiga tahun terpaksa menangguhkan sesi Majlis Konvokesyen akibat pendemik COVID-19, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hari ini menganjurkan Majlis Konvokesyen ke-64 (MK64).
Permaisuri Johor mahu persembahan sempena Ulang Tahun Keputeraan disalur kepada barisan hadapan
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini bertitah kepada semua pihak bahawa tidak perlu mengurniakan sebarang persembahan sempena Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-62, Sabtu ini.
Permaisuri Johor kurnia elaun kepada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan mengurniakan elaun bulanan baginda kepada dana pentadbiran Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).
'Permaisuri Zarith Sofiah Opera House' bakal jadi pusat seni dan budaya di JB
Panggung yang berkeluasan 114,430 kaki persegi itu boleh memuatkan lebih 500 penonton yang mahukan kelainan dan merasai sendiri pementasan seni dan budaya berciri "premium".
Pencemaran bahan kimia: Tersentuh hati, Sultan Johor sumbang RM1 juta
Bagi memperhebatkan lagi operasi menyelamat, merawat serta mencegah pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan.
Permaisuri Johor berkenan luangkan masa ziarahi keluarga Allahyarham Nurul Ain
Menurut catatan dalam laman Facebook The Royal Johor, baginda berangkat tiba di kediaman keluarga Nurul Ain pada 9 malam, beberapa minit selepas ketibaan jenazah kanak-kanak itu.
Raja Zarith berkongsi kenangan manis Krismas dan persahabatan
Baginda bertitah, kenangan manis mengenai Krismas sering kembali mengusik jiwanya setiap kali baginda menjejakkan kakinya di England.