JOHOR BAHRU:Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan mengurniakan elaun bulanan baginda kepada dana pentadbiran Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).
Pengurniaan elaun itu diumumkan melalui hantaran dalam Facebook rasmi The Royal Johor selepas baginda mempengerusikan mesyuarat YRZSNJ di Istana Bukit Serene di sini, hari ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa baginda sedar negara sedang berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi dan ramai pihak turut terkesan, lebih-lebih lagi disebabkan penularan pandemik COVID-19.
"Oleh demikian, saya membuat keputusan untuk mengurniakan elaun bulanan saya kepada dana pentadbiran pejabat Yayasan, yang turut terdapat ramai kakitangan yang sedang berkhidmat," titah baginda.
Terdahulu, turut hadir pada mesyuarat itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YRZSNJ, Datuk Azmi Rohani; Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin Abdul Rahim; Bendahari Kehormat YRZSNJ, Mohammad Nazrul Abd Rahim dan Setiausaha syarikat, Lilian Low.
YRZSNJ ditubuhkan pada tahun 2012, bukan sahaja membantu rakyat memerlukan, malah memberi dana untuk pembiayaian pendidikan, bantuan bencana serta sumbangan kepada mereka yang terkesan akibat penularan COVID-19.
Menyentuh mengenai mesyuarat, baginda bertitah, usaha untuk membantu anak-anak pesakit kanser daripada golongan B40 dengan kerjasama Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor turut dibincangkan.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan mengenai pembiayaan pengajian peringkat diploma bagi kursus seni ukiran kayu, dengan bakat anak-anak muda negeri Johor boleh dimanfaatkan menjadi tenaga kerja bertauliah di The Johor Collection, sekali gus menjadi sumber pendapatan mereka pada masa akan datang.
- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 11 2020
Raja Zarith Sofiah mempengerusikan mesyuarat Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada Ahad. - Gambar Facebook THE ROYAL JOHOR
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Tekanan di tempat kerja
Tekanan di tempat kerja
Agong zahir rasa syukur sempena ulang tahun perkahwinan ke-42
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur bersempena dengan ulang tahun perkahwinan bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang ke-42, hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan kurnia sumbangan kepada 1,133 murid SK AU Keramat
Raja Permaisuri Agong berkenan kurnia sumbangan kepada 1,133 murid dalam kumpulan B40 serta sumbangan cek kepada Sekolah Kebangsaan (SK) AU Keramat.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Forum Intelektual Diraja UTM di Johor
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Forum Intelektual Diraja Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya.
Raja Permaisuri Agong sampai sumbangan sempena Hari Kebangsaan 2024
Raja Permaisuri Agong berkenan mengurniakan sumbangan sempena Hari Kebangsaan 2024 kepada asnaf, Orang Kurang Upaya, warga emas dan golongan miskin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Floria Diraja Putrajaya 2024
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Dr Zaliha Mustafa.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pengerusi Kebangsaan BSMM
Raja Permaisuri Agong menerima menghadap Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Agong, Permaisuri berangkat ke sambutan Hari Pahlawan 2024
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berangkat ke Istiadat Perbarisan bersempena dengan Sambutan Hari Pahlawan 2024 di Dataran Pahlawan.
Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Hospital Orang Asli Gombak
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) hari ini.
#AgongKita: Biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah
Raja Zarith Sofiah merupakan seorang kerabat diraja yang bergiat aktif dalam pelbagai kerja kebajikan, khususnya melalui platform badan bukan kerajaan (NGO).