Mulai tahun ini, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) hanya mengutamakan graduan lulusan diploma dan lulusan dalam bidang penjagaan kanak-kanak dalam proses pengambilan tenaga pengajar baharu untuk Tabika dan Taska Kemas.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selaras dengan perkembangan semasa, Kemas kini sedang melaksanakan transformasi termasuk memperkasa tenaga pengajarnya dengan menyasarkan kesemua yang terlibat mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya kelulusan diploma menjelang tahun 2020.
Katanya, Program Diploma Awal Kanak-kanak yang dilaksanakan sejak 2006 menyaksikan seramai 7,365 guru Tabika Kemas dan Taska Permata Kemas telah memiliki diploma dengan gred jawatan S27.
Dalam pada itu, seramai 1,000 orang lagi sedang melanjutkan pengajian diploma di pusat pengajian tinggi di seluruh negara, katanya, kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kebangsaan Tabika/Taska Permata Kemas dan Hari Potensi Kemas Parlimen Bera, di sini pada Ahad.
Katanya, KKLW memperuntukkan sebanyak RM700 juta setiap tahun bagi tujuan pembangunan dan aktiviti Kemas melibatkan 11,215 kelas Tabika dan 499 kelas Taska di seluruh negara.
Sementara itu, dalam acara berlainan di sini, Ismail Sabri berkata Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan RM800 juta tahun lepas bagi membiayai pinjaman Skim Mikro Kredit untuk golongan usahawan isi rumah pendapatan rendah.
Justeru, katanya, kemudahan itu harus dimanfaatkan oleh usahawan untuk memperluaskan perniagaan mereka sehingga mampu menembusi pasaran antarabangsa.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Usahawan AIM Bera di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2017
![Graduan diploma diutamakan sebagai guru Kemas Graduan diploma diutamakan sebagai guru Kemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71464847726_TabikaKemas.jpg)
Graduan lulusan diploma dan lulusan dalam bidang penjagaan kanak-kanak diutamakan dalam proses pengambilan tenaga pengajar baharu untuk Tabika dan Taska Kemas. - Gambar hiasan
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Legenda Itali, Gianluigi Buffon menyesal 'beli' diploma Legenda Itali, Gianluigi Buffon menyesal 'beli' diploma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/71526528187_GianluigiBuffon.jpg)
Legenda Itali, Gianluigi Buffon menyesal 'beli' diploma
Buffon yang bersara pada Ogos tahun lalu dianggap antara bekas pemain Itali yang cukup cemerlang sepanjang kariernya dalam bola sepak.
![UTM-JDT meterai MoU bangunkan program Diploma Sukan dan Kecergasan UTM-JDT meterai MoU bangunkan program Diploma Sukan dan Kecergasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697374403_umtjdt.jpg)
UTM-JDT meterai MoU bangunkan program Diploma Sukan dan Kecergasan
Program itu akan bermula Disember ini dan merintis peluang bagi IPT, khususnya UTM, dalam menjalin usaha sama bersama industri sukan negara.
![Hampir 80,000 calon lepasan SPM ditawarkan ke universiti awam - KPT Hampir 80,000 calon lepasan SPM ditawarkan ke universiti awam - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688723141_UPUOnlineuniversi.jpg)
Hampir 80,000 calon lepasan SPM ditawarkan ke universiti awam - KPT
KPT hari ini memaklumkan, mereka yang ditawarkan ke UA itu adalah untuk pengajian asasi, diploma dan ijazah sarjana muda.
![Lebih 2,000 graduan terima ijazah, diploma sempena Istiadat Konvokesyen PUO Lebih 2,000 graduan terima ijazah, diploma sempena Istiadat Konvokesyen PUO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661563617_graduanterimaijaza.jpg)
Lebih 2,000 graduan terima ijazah, diploma sempena Istiadat Konvokesyen PUO
Konvokesyen kali ini turut memberi penghargaan dan penghormatan kepada graduan yang telah menunjukkan dedikasi dan iltizam yang tinggi.
![Lulusan Diploma Fisioterapi UniSZA rekod kadar kebolehpasaran 100 peratus Lulusan Diploma Fisioterapi UniSZA rekod kadar kebolehpasaran 100 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649235429_UniSZA.jpg)
Lulusan Diploma Fisioterapi UniSZA rekod kadar kebolehpasaran 100 peratus
Semua 175 lepasan diploma tersebut telah mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan, swasta, malah ada yang membuka pusat rawatan swasta dan meraih pendapatan lumayan.
![Program asasi, diploma: Sesi akademik dalam talian sepenuhnya mulai Ogos - KPT Program asasi, diploma: Sesi akademik dalam talian sepenuhnya mulai Ogos - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627652826_WFH.jpg)
Program asasi, diploma: Sesi akademik dalam talian sepenuhnya mulai Ogos - KPT
Pengajaran dan pembelajaran penuntut baharu program asasi dan diploma sesi akademik 2021/2022 akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula Ogos.
![UiTM tangguh Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu UiTM tangguh Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603340401_uitmshahalam.jpg)
UiTM tangguh Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil pendekatan menangguhkan Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu yang dijadualkan bermula pada 7 November 2020.
![MR DIY tawar lebih 1,000 pekerjaan di seluruh negara MR DIY tawar lebih 1,000 pekerjaan di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591718319_mrDIY.jpg)
MR DIY tawar lebih 1,000 pekerjaan di seluruh negara
Dengan lebih 600 kedai di seluruh negara, terdapat kekosongan jawatan untuk diisi oleh rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran berkaitan.
![110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan 110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/51560911995_TBKERACUNAN.jpg)
110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan
90 penuntut wanita dan 20 lelaki itu sedang menjalani program orientasi bagi kemasukan peringkat diploma dan ijazah.
![Kajian menyeluruh isu gaji akan dibuat untuk bela nasib siswazah - TPM Kajian menyeluruh isu gaji akan dibuat untuk bela nasib siswazah - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61554077888_kaddiskaun.jpg)
Kajian menyeluruh isu gaji akan dibuat untuk bela nasib siswazah - TPM
Kerajaan mengambil maklum mengenai data gaji rendah yang diterima siswazah baharu seperti dinyatakan dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2018.