KUALA LUMPUR: Keinginan untuk menyambung pengajian tidak pernah luntur dalam diri dua pemuda dari Sabah ini, meskipun menyedari mereka perlu menghabiskan hampir keseluruhan usia muda di sebalik tirai besi.
Bagi Farhan dan Amri (masing-masing bukan nama sebenar), status sebagai penghuni penjara di Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah, bukanlah penghalang untuk mengejar cita-cita dalam pelajaran.
Farhan, 32, yang sedang menjalani hukuman sepanjang hayat sebagai Tahanan Limpah Tuan Yang Terutama atas kesalahan di bawah Akta 302 Kanun Keseksaan pada 2010, mengakui keputusannya menyambung pengajian adalah untuk membanggakan kedua ibu bapanya.
"Saya sudah berada di penjara sejak berusia 17 tahun. Saya ingin buktikan kepada keluarga terutama arwah ibu, yang penjara bukan hanya tempat untuk menghukum tetapi juga pusat untuk memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik.
"Penjara banyak mengajar saya erti kehidupan dengan memberi peluang kepada saya untuk menimba pelbagai ilmu dan kemahiran," katanya kepada Bernama selepas menerima skrol Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Pro Canselor Open University Malaysia (OUM), Tan Sri Azman Hashim pada Majlis Konvokesyen ke-27 OUM, yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur, di sini, bermula 14 hingga 17 Okt lepas.
Selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2010, Farhan memilih untuk menyambung pengajian di OUM pada 2014, namun terhenti seketika pada 2019 dan kembali meneruskan pengajian pada 2021.
"Saya hampir tersungkur di pertengahan jalan. Namun, berkat sokongan keluarga, guru dan rakan sepenjara membuatkan saya kembali bertekad untuk berjaya. Jika dahulu, saya tersilap langkah, kini saya mahu buktikan kepada masyarakat yang banduan juga boleh berjaya," katanya.
Bahkan, anak kelapan daripada sembilan adik-beradik itu tetap optimis dalam mencorakkan masa hadapannya, agar tidak mengulangi sejarah kelam, malah turut memasang impian untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda sekiranya berpeluang.
"Saya berterima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia kerana memberi peluang untuk saya kembali belajar malah hingga ke universiti. Bagi saya, gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya," katanya yang turut memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 pengkhususan dalam bidang jahitan.
Bagi Amir, 30, pula, walaupun situasi pembelajaran di penjara jauh berbeza dengan di luar kerana terikat dengan undang-undang yang ditetapkan, ia bukan penghalang baginya untuk melanjutkan pelajaran sehingga berjaya memperoleh Diploma Pengurusan Perniagaan daripada OUM.
Beliau yang berasal dari Manggatal, Kota Kinabalu, Sabah berkata, kejayaan yang dikecapi itu adalah hasil dorongan keluarga dan rakan di penjara serta guru yang tidak putus-putus membantunya dalam mendapatkan bahan pembelajaran.
"Pengalaman belajar di dalam penjara amat mencabar apatah lagi selepas OUM memperkenalkan pengajian secara dalam talian. Lagi pula, penggunaan Internet di penjara terhad tetapi pelbagai perkara perlu dilakukan, sehingga membuatkan saya hampir patah semangat selain diburukkan lagi apabila dijangkiti COVID-19.
"Namun, saya terharu dan menghargai usaha Jabatan Penjara Malaysia, OUM dan mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung kerana memberikan peluang kedua kepada saya untuk meneruskan pengajian," katanya.
Dalam pada itu, anak kedua daripada lima beradik itu yang menjalani hukuman penjara sejak berusia 16 tahun, sempat menitipkan pesanan kepada masyarakat di luar sana agar sentiasa meluangkan masa mengeratkan dan menghargai hubungan kekeluargaan.
Amri, disabitkan kesalahan di bawah Akta 302 Kanun Keseksaan pada 2011, kini sedang menjalani hukuman penjara sepanjang hayat sebagai Tahanan Limpah Tuan Yang Terutama di Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023

Bagi Farhan dan Amri (masing-masing bukan nama sebenar), status sebagai penghuni penjara di Penjara Pusat Kota Kinabalu, Sabah, bukanlah penghalang untuk mengejar cita-cita dalam pelajaran. - Gambar BERNAMA
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara
Kejayaan itu dicapai hasil pelaksanaan pelantikan PPS enam kali setahun dengan sela dua bulan.

Persiapkan graduan dengan format realiti dunia - Pengerusi Eksekutif QI Group
Vijay berkata, format silibus pendidikan di universiti tidak boleh bergantung kepada format dan pendekatan yang ketinggalan zaman.

UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.

Kerajaan pastikan belia peroleh akses pekerjaan - Tengku Zafrul
Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata, graduan perlu memiliki set kemahiran yang dinamik, dan menyesuaikan diri dengan trend pekerjaan baharu.

Malaysia perkukuh usaha keselamatan siber serantau semasa pengerusian ASEAN - Gobind
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi 2025, mengesahkan komitmennya untuk memperkukuh integrasi serantau, memerangi ancaman siber, dan mengekalkan peraturan berasaskan multilateralisme di ruang siber.

Talentbank umum senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, panduan terbaik untuk lepasan sekolah
Pandangan yang disediakan digarap daripada analisis terperinci dan menyeluruh Talentbank GE Index, yang menilai kebolehpasaran para graduan di seluruh Malaysia.

Diskaun PTPTN bantu peminjam selesai hutang cepat, elak disenarai hitam
Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 15 peratus oleh PTPTN berupaya membantu graduan langsaikan hutang dengan cepat dan mengelak disenarai hitam.

Lebih 50% graduan bekerja dalam pekerjaan bukan standard - Laporan KRI
Peratusan graduan berstatus kerja tetap sepenuh masa turut menurun, daripada 53.2 peratus pada 2010 kepada 44.1 peratus pada 2021.

Dua pertiga graduan baharu terperangkap dalam gaji rendah - Kajian KRI
Ramai yang sanggup menerima pekerjaan tidak mahir dan separa mahir serta bergaji rendah untuk mengelakkan pengangguran.

TVET: Sektor awam, swasta tidak boleh bersifat dikotomi
Sektor awam dan swasta tidak boleh bersifat dikotomi dalam memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.