Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan mewujudkan Maktab Kepimpinan GPMS bagi melatih dan melahirkan pemimpin muda yang dinamik dan mampu memberi sumbangan positif kepada masyarakat.
Presiden GPMS Zambri Mohd Isa berkata institusi itu akan menjadi platform kepada anak muda untuk dilatih sebagai pemimpin pelapis akan datang.
"GPMS akan menyediakan modul dan tenaga pengajar termasuk daripada kalangan bekas-bekas pemimpin GPMS sendiri," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.
Zambri berkata sesi pertama maktab kepimpinan itu dijangka bermula pada Mac dengan pengambilan kira-kira 80 pelajar. Sesi pembelajaran ialah pada Sabtu dan Ahad.
Melalui inisiatif itu, GPMS berharap melahirkan pemimpin muda yang berilmu,berjiwa nasionalistik serta mampu menjelaskan pelbagai isu kepada masyarakat, sekali gus dididik menjadi pemimpin pelapis.
Bernama
Sun Jan 10 2016
ZAMBRI: GPMS akan menyediakan modul dan tenaga pengajar termasuk daripada kalangan bekas-bekas pemimpin GPMS sendiri. - Gambar fail
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
Hina B40: Isu pensyarah, pelajar boleh selesai cara baik - GPMS
GPMS menyeru agar semua pihak kekal bertenang untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan baik.
Perak sedia bantu mahasiswa terjejas penangguhan pendaftaran
Razman Zakaria berkata, kerajaan negeri amat prihatin dengan permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa pelajar berkaitan dengan arahan baharu Kementerian Penggajian Tinggi (KPT) itu.
Titah penuh Sultan Nazrin Shah yang perlu dihayati oleh orang Melayu
Orang Melayu yang gagal melakukan pengubahsuaian minda untuk menghadapi senario baru, dibimbangkan akan menghadapi nasib pupus seperti dinosaur.
Persatuan Alumni GPMS UiTM buat laporan polis terhadap Hindraf
Persatuan Alumni GPMS Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuat laporan polis bagi membantah tuntutan Hindraf.
'Fun With English' bantu pelajar kuasai bahasa Inggeris
Kerajaan Perlis akan menganjurkan program "Fun With English" (FWI) bagi membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris bermula tahun depan.
TPM sokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Pendidikan
Timbalan Perdana Menteri menyokong cadangan GPMS supaya Suruhanjaya Pendidikan diwujudkan bagi memastikan pemerkasaan dan kesinambungan pelaksanaan dasar pendidikan negara.
Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris
Tiada penajaan baharu daripada mana-mana agensi kerajaan untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir memandangkan keadaan di negara itu masih belum stabil, kata Datuk Seri Idris Jusoh.
GPMS desak PM tolak gesaan pihak mahu UEC diiktiraf
GPMS turut meragui ketelusan UEC kerana ia tidak dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia tetapi badan persendirian Cina.
Melayu perlu terus memperkasa pendidikan - PM Najib
Menerusi Dasar Pendidikan Negara serta komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sistem pendidikan negara, ia kekal menjadi teras utama dalam agenda pembangunan negara.