Action cam ataupun kamera lasak merupakan gajet yang paling cool untuk dimiliki masa kini terutama sekali bagi penggiat sukan lasak.
Bagi memudahkan lagi pergerakan dalam merakam visual point of view (POV), GoPro mengeluarkan model baru Hero4 Session.
Kelebihan pada Hero4 Session adalah ia 50% lebih kecil, 40% lebih ringan dan juga kalis air tanpa perlu dipasang pada alat perlindungan yang lain.
Ia juga dilengkapi dua mikrofon, satu di depan dan satu lagi di bahagian belakang kamera.
Penggunaan mikrofon berubah secara dinamik bagi mengurangkan kesan bunyi angin yang terlalu kuat.
Bagaimanapun tiada format rakaman 4k bagi kamera lasak terbaru ini.
Saiz hero 4 session adalah 1.5 inci dengan berat lebih kurang 74 gram.
Memandangkan ia agak kecil, pengguna juga tidak boleh menukar mod rakaman pada kamera.
Segala perubahan pada settings perlu dilakukan dengan menghubungkannya dengan peranti mudah alih atau unit kawalan jauh wifi.
Ini bermakna pergantungan kepada wifi akan mempercepatkan penggunaan bateri.
Bagaimanapun rebiu yang dibuat Wired.com mendapati bateri pada Hero4 Session lebih tahan lama berbanding model Hero4 Silver.
Ini kerana kamera Hero4 Session dimatikan jika tiada rakaman dibuat.
Harga bagi sebuah Hero4 Session juga dipertikaikan kerana pada harga pasaran AS$399, ia hanya AS$100 lebih murah berbanding sebuah Hero4 Black Edition, kamera terbaik GoPro setakat ini.
Hero4 Session akan berada di pasaran pada 12 Julai ini.
Ian Johan Ariff
Tue Jul 07 2015

GoPro Hero4 Session lebih kecil tetapi sama lasak. Gambar GoPro.com
Lelaki warga Bangladesh khianat, pukul anjing ditahan polis
Polis menahan lelaki warga bangladesh kerana dipercayai terlibat dalam kejadian khianat terhadap seekor anjing seperti tular dua hari lalu.
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Seorang lelaki berusia 46 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Persiaran Jenjarum, Bukit Sentosa, pada malam Khamis
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di sebuah kilang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di sebuah kilang.
Pengguna disaran teliti caj hospital swasta
Orang ramai disarankan berhati-hati mendapatkan rawatan di hospital swasta susulan aduan mengenai kenaikan caj perubatan yang tidak munasabah.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff, menasihatkan pengguna supaya memahami hak mereka sebelum, semasa, dan selepas menerima perkhidmatan hospital swasta.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff, menasihatkan pengguna supaya memahami hak mereka sebelum, semasa, dan selepas menerima perkhidmatan hospital swasta.
Rundingan fasa seterusnya bermula di Kaherah
Mesir mengumumkan rundingan intensif antara pihak yang terlibat dalam perjanjian gencatan senjata Gaza telah bermula di Kaherah bagi membincangkan fasa seterusnya.
Mangsa di Sabah meningkat sedikit pagi ini
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.

Isu beras campur: Serah kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri tentukan kadar zakat fitrah
Penetapan semula kadar zakat fitrah berdasarkan gred beras yang sepatutnya diserahkan kepada Jawatankuasa Fatwa dan Majlis Agama Islam setiap negeri bagi menentukannya.
13 pelajar lelaki kolej vokasional diperintah bela diri
Mahkamah Tinggi Tawau hari ini memerintahkan 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu yang didakwa membunuh pelajar kolej sama, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan pada tahun lalu, untuk membela diri.
Kurikulum baharu sejarah dijangka mula digunakan 2027
Kurikulum baharu pendidikan Sejarah yang sedang dalam proses penggubalan dijangka mula digunakan di sekolah pada 2027.
[TERKINI] Jangan bahas hingga timbul kekeliruan - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

Public Bank tamatkan aplikasi PB Engage MY berkuat kuasa Jun 2025
Selari dengan ini, semua aktiviti perbankan akan hanya disokong melalui aplikasi MyPB sahaja.

GoPro Hero4 Session lebih kecil tetapi sama lasak
Model baru kamera GoPro, Hero4 Session adalah 50% lebih kecil & 40% lebih ringan dengan kualiti rakaman yang sama.