Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan boleh berkemungkinan menjadi saksi dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melibatkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Peguam Harvinderjit Singh, yang mewakili Najib, berhujah di Mahkamah Tinggi pada Rabu bahawa Sri Ram bertindak berdasarkan konflik kepentingan kerana beliau terlibat dalam siasatan dan juga pendakwaan dalam kes 1MDB yang dihadapi Najib.
"Penglibatannya dalam siasatan dan pendakwaan bermakna bahawa Sri Ram telahpun membuat pra penghakiman terhadap kebersalahan Najib dan hakikat bahawa kes-kes itu telah dimulakan bermakna Sri Ram telah meyakinkan Pendakwa Raya bahawa ada cukup bukti untuk mengemukakan pendakwaan.
"Pemohon (Najib) tidak boleh hadir dengan kepercayaan bahawa orang ini sudah bersalah," kata beliau semasa berhujah pada prosiding mendengar permohonan pihak pembela untuk menggugurkan Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes itu di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah.
Ketika ditanya oleh Hakim Sequerah, sama ada ini bermakna bahawa Sri Ram boleh berkemungkinan menjadi saksi, Harvinderjit menjawab "ya".
Harvinder berkata dalam transkripsi wawancara kenyataan Peguam Negara pada 13 Sept tahun lepas, yang disiarkan laman sesawang Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemuramah saksi-saksi dan Sri Ram terlibat dalam siasatan.
"Ia berkata Sri Ram terlibat untuk membawa kes 1MDB ke mahkamah dan berhujah di mahkamah dalam dua daripada kes-kes tersebut.
"Perkataan membawa adalah bermaksud tindakan yang sangat positif untuk memastikan ini dilakukan. Konflik yang dimaksudkan bukanlah kerana beliau terlibat dalam siasatan," katanya.
Beliau seterusnya berhujah bahawa tindakan Sri Ram membantah ikat jamin ke atas anak guamnya pada 20 Sept tahun lepas apabila kes 1MDB bermula, Sri Ram telah membuat andaian yang jelas bahawa Najib telah melakukan kesalahan.
"Sri Ram berkata ini adalah kes paling buruk dan hakikat bahawa seorang ketua kerajaan menghadapi pertuduhan jenayah adalah sesuatu yang memalukan negara.
"Ini dinyatakan oleh seorang Timbalan Pendakwa Raya dalam penghujahannya untuk ikat jamin. Bolehkah kita menyatakan bahawa beliau akan bersikap bebas dan objektif?" kata Harvinderjit.
BACA: Najib, Shafee gagal dalam usaha batalkan pelantikan Sri Ram ketuai pasukan pendakwaan
Sementara itu, peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah bahawa Sri Ram seharusnya digugurkan kerana beliau bukan orang yang sesuai dan layak untuk mengetuai pendakwaan kerana ia mempengaruhi perwatakannya sebagai seorang yang tidak jujur.
Beliau juga berkata sikap berat sebelah Ram telahpun dimanifestasi semasa prosiding dalam kes Najib.
Timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib mewakili pihak pendakwaan pada prosiding hari ini.
Prosiding bersambung pada Jumaat.
Pada 20 Sept, 2018, Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan bagi pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.
Najib dituduh melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, No. 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon antara 2011 dan 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 20 2019

Menurut Harvinderjit, Sri Ram (gambar) bertindak berdasarkan konflik kepentingan kerana beliau terlibat dalam siasatan dan juga pendakwaan dalam kes 1MDB yang dihadapi Najib. --fotoBERNAMA/Fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.