GOOGLE Play Games PC adalah gedung permainan untuk peranti Windows yang menawarkan akses kepada pelbagai permua Android.

Google amat serius dengan penawaran ini sehingga membawakan sokongan 4K, sambungan alat kawalan dan turut menawarkan permainan PC.

Terbaharu, ciri yang saya tidak pernah lihat orang minta telah diperkenalkan iaitu main dua permainan serentak.

Google telah pun memperkenalkan sokongan rentas platform di mana main dalam Play Games PC di komputer kemudian boleh sambung main pada telefon pintar atau tablet pula.

Ciri bermain dua permainan serentak menurut Google membolehkan pengguna bertanding dan bertempur dengan serius dalam satu permainan sementara satu lagi adalah untuk permainan yang memerlukan pemantauan.

Biasa ciri ini terhad pada tablet Android atau telefon skrin lipat sahaja. Ciri ini akan diedarkan kepada semua pengguna dalam kemas kini tidak lama lagi.

Bagi yang menantikan ciri ini anda akhirnya boleh menikmatinya secara percuma dan secara rasmi. -Amanz