KUALA LUMPUR:Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi jaminan kepada peminjam bahawa bantuan pembayaran balik akan kekal tersedia untuk peminjam yang pendapatannya terjejas akibat pandemik COVID-19.
Menurut BNM, bergantung kepada keadaan peminjam, mereka yang terjejas ini biasanya meminta pengurangan ansuran pembayaran balik bulanan atau lanjutan moratorium.
"Peminjam yang menolak bantuan pembayaran balik sebelum ini, masih boleh memohon bantuan bersasar sepanjang 2020 sehingga ke 2021 jika keadaan kewangan mereka berubah pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Skala bantuan pembayaran balik yang disasarkan tidak pernah berlaku dalam sejarah perbankan Malaysia kerana bantuan terus ditawarkan kepada peminjam di pelbagai kumpulan pendapatan, dengan pertimbangan khas diberikan kepada isi rumah dalam kategori B40, perniagaan mikro serta peminjam yang terjejas akibat sekatan pergerakan.
"Pendekatan yang disasarkan untuk bantuan pembayaran balik memperluaskan langkah-langkah bantuan dengan lebih mampan, di samping mengukuhkan usaha ke arah pemulihan ekonomi," katanya.
Ramai peminjam kini mampu dan telah mula menyambung semula pembayaran balik, dan bagi kumpulan ini, menyambung semula pembayaran balik menjadi keutamaan mereka kerana ini akan mengurangkan kos pinjaman secara menyeluruh.
"Peminjam yang memerlukan bantuan pada masa ini berpeluang menyesuaikan pelan pembayaran balik mereka berdasarkan apa yang mereka mampu. Jika keadaan mereka terjejas lagi pada masa akan datang, mereka akan mempunyai rekod pembayaran balik yang lebih baik bagi memudahkan bantuan lanjut oleh bank," katanya.
Bank pusat itu juga berkata sumber kewangan sistem perbankan boleh diutamakan untuk membantu mereka yang paling terjejas oleh COVID-19 dan memandangkan lebih ramai peminjam yang mampu membayar balik terus menunaikan tanggungjawab mereka, lebih banyak bantuan boleh disediakan.
BNM juga menggesa peminjam yang terjejas untuk tampil ke hadapan untuk memohon bantuan pembayaran balik dengan bank mereka melalui pelbagai saluran yang ada.
"Bank dikehendaki untuk membalas permohonan bantuan pembayaran balik yang disasarkan dalam tempoh lima hari bagi peminjam individu serta dalam tempoh 14 hari untuk peminjam perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Peminjam yang tidak menerima jawapan daripada bank mereka dalam tempoh tersebut perlu menghubungi BNMTELELINK (bnm.my/RAsurvey)," katanya lagi.
Peminjam yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan akan tetap menerima proses segera dan lancar memandangkan bank di kawasan yang terjejas akan terus beroperasi di bawah prosedur operasi standard yang bersesuaian.
"Mereka yang tidak dapat melakukan penglibatan secara bersemuka atau mengemukakan dokumen berikutan sekatan pergerakan, boleh menghubungi bank mereka melalui laman web, telefon atau e-mel," katanya, sambil menambah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) juga bersedia memberikan nasihat dan bantuan yang diperlukan kepada peminjam individu serta PKS, termasuk pilihan untuk penstrukturan semula hutang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 19 2020
Peminjam yang memerlukan bantuan pada masa ini berpeluang menyesuaikan pelan pembayaran balik mereka berdasarkan apa yang mereka mampu. - Bernama
Sektor pendidikan terima RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion peruntukan tertinggi dalam sejarah.
Kerajaan meluluskan Forest City sebagai Pulau Bebas Cukai - PM
Skim Pejabat Keluarga Tunggal telah diluncurkan untuk Zon Kewangan Khas Forest City bagi menggalakkan pengurusan dana Keluarga, kata PM Anwar Ibrahim
Belanjawan 2025: Ada ibu bapa warga emas? Ini manfaat membabitkan mereka
Belanjawan 2025 menaikkan bantuan bulanan untuk warga emas serta memperluaskan pelepasan cukai berkaitan penjagaan kesihatan dan sukan.
Peruntukan RM6.7 bilion pacu pembangunan Sabah
Cadangan peruntuk RM6.7 bilion untuk Sabah 2025 memadai untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun akhgir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Perkhidmatan komuniti bergerak di Sabah, Sarawak diperluas
Tambahnya Bank Simpanan Nasional (BSN) bergerak ditambah empat lagi menjadikan 12 buah terutamanya untuk Sabah dan Sarawak bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan.
Usaha memperkasa pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap pedesaan, miskin bandar, di kampung, pedalaman dan rumah panjang diberi peruntukan antara RM50,000 hingga RM100,000
Pembangunan fasiliti di Sabah, Sarawak terus jadi fokus kerajaan
Ini apabila sejumlah RM 253 juta diperuntukkan untuk projek pembesaran Lapangan Terbang Tawau dan Lapangan Terbang Miri. Selain itu, Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bekerjasama membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan 1 bilion ringgit.
Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda kepada RM600 juta.
Atur kemasukan warga asing, SPRM tahan dua pegawai penguat kuasa dan ejen
Mereka dipercayai terlibat mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Belanjawan 2025: Gred Turus tidak ambil kenaikan gaji tujuh peratus
Barisan Pengurusan Tertinggi penjawat awam Gred Utama iaitu Turus bersetuju untuk tidak menerima lagi kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus dalam SSPA yang bermula 1 Disember depan.
Perbelanjaan isi rumah diunjur tumbuh lima peratus kepada RM952.6 bilion tahun depan - BMI
BMI, unit Fitch Solutions, mengunjurkan perbelanjaan isi rumah Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus tahun ke tahun pada 2025 kepada RM952.6 bilion.
Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata paras semasa OPR pada 3.00 peratus juga adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Public Bank cadang ambil alih 44.15% saham LPI Capital bernilai RM1.72 bilion
Public Bank Berhad menandatangani perjanjian jual beli bersyarat bagi mengambilalih 44.15% saham dalam kepentingan ekuiti LPI Capital Bhd dengan pertimbangan tunai sebanyak RM1.72 bilion.
OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 - Kenanga
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$119.7 bilion pada 30 Sept, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$119.7 bilion (pada 30 Sept, 2024 daripada AS$116.8 bilion pada 30 Ogos lepas.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Malaysia dan Indonesia baharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala
Kedua-dua bank pusat itu memeterai pembaharuan LCBSA susulan perjanjian pertama yang dimeterai pada 2019 dan diperbaharui pada 2022.
Ringgit mengukuh susulan penurunan kadar AS, prospek positif ekonomi Malaysia - BNM
Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$117.6 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada AS$116.8 bilion (AS$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.
Bursa Malaysia diunjur lebih tinggi minggu depan
Keputusan Fed telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ringgit dan memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) fleksibiliti yang diperlukan dalam kerangka dasarnya.