KUALA LUMPUR : Eksperimen sosial dilakukan Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) pada Mei lalu mendapati, 58.5 peratus daripada 1,256 kenderaan bernombor plat tidak mengikut spesifikasi atau haram di Lembah Klang membabitkan pemilik golongan T20.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Cent-GPS berkata, sebanyak 25.6 peratus lagi melibatkan kumpulan M40 dan hanya 15.9 peratus dalam kategori B40.
"Pengiraan ini kami lakukan dengan cara mengandaikan bahawa setiap kereta yang disurvei adalah dibeli menerusi pinjaman bank dengan tempoh lima tahun bayaran balik tanpa bayaran muka.
"Kami juga mengandaikan bahawa pemilik kenderaan ialah individu celik kewangan yang tidak akan membelanjakan lebih 24 peratus daripada jumlah gaji bulanannya untuk membayar ansuran kereta (walaupun begitu, kadar ini masih tinggi jika dibandingkan dengan standard negara lain).
"Maka, dengan cara mengenal pasti harga kereta yang kami selidik, kami telah dapat membuat anggaran sama ada pemilik mempunyai pendapatan dalam golongan B40, M40 atau T20," katanya.
Dalam pada itu, katanya 56 peratus daripada jumlah kereta yang mempunyai nombor plat kenderaan haram di Lembah Klang tersebut bernilai lebih daripada RM160,000.
Kenderaan bernilai RM80,000 hingga RM120,000 dan RM120,001 hingga RM160,000 masing-masing-masing pada 13 peratus.
Sebanyak lapan peratus lagi melibatkan kereta bernombor plat kenderaan haram yang bernilai RM50,000 atau kurang.
Pemerhatian juga mendapati, 33.4 peratus daripada keseluruhan pemilik kenderaan dengan nombor plat haram ini terdiri dari kereta Continental termasuk Mercedes, BMW dan Audi.
Sebanyak 51 peratus ialah kereta yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Asia seperti Honda, Toyota serta Hyundai dan hanya 15.6 peratus daripada kereta dengan nombor plat haram dihasilkan oleh pengeluar kereta tempatan yang kebanyakkannya Proton X70.
Bagaimanapun, Cent-GPS tidak melakukan pemerhatian berkenaan terhadap motosikal.
"Maka, tidak boleh disimpulkan dengan sebulat suara bahawa individu T20 adalah lebih cenderung untung melanggar undang-undang JPJ berkenaan nombor plat.
"Tambahan pula, terdapat juga kemungkinan besar bahawa kereta yang dinilai pada taraf T20 adalah dimiliki oleh pemilik M40 yang berbelanja lebih untuk bayaran pinjaman bank kereta. Batasan ini akan dapat ditambah baik pada kajian yang akan datang," katanya.
Selain plat kenderaan haram, ramai pemilik kenderaan di Lembah Klang didakwa tidak mematuhi peraturan cermin gelap yang ditetapkan pada kadar 50 peratus Visible Light Transmission (VTL) untuk cermin di barisan hadapan.
Hasil pemerhatian, mendapati 52.8 peratus ialah kereta yang bernilai lebih daripada RM160,000.
"Namun begitu, penting untuk dinyatakan bahawa pasukan kami tidak dilengkapi dengan alat yang khas untuk mengukur kegelapan cermin kenderaan dan sebaliknya hanya merekodkan kereta dengan cermin gelap penuh di sisi pemandu," katanya.
Cent-GPS berpendirian, walaupun eksperimen sosial itu ringkas namun hasilnya akan membuatkan semua orang berfikir tentang budaya dan masyarakat Malaysia secara amnya.
Rahimah Abdullah
Tue Jun 07 2022
Pemerhatian mendapati, 33.4 peratus daripada keseluruhan pemilik kenderaan dengan nombor plat haram ini terdiri dari kereta Continental termasuk Mercedes, BMW dan Audi. - Gambar hiasan
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
OIC kecam peningkatan serangan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan jenayah yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di Tebing Barat, khususnya di Jenin dan kem pelariannya.
Real Madrid jadi kelab pertama jana EUR1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak EUR1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Dialog Tiga Penjuru: Belia ada sikap anjal, ibu bapa yang masih terperangkap dalam pemikiran lama – CEO Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayayan Peneraju, Ibrahim Sani berkata belia hari ini mempunyai kesediaan untuk bersifat anjal dalam memilih laluan kerjaya. Jelasnya, anak muda lebih menghargai program pensijilan profesional yan menjamin pekerjaan berbanding Ijazah Sarjana Muda. Namun, menurut Ibrahim, ibu bapa masih terperangkap dengan pemikiran hanya Ijazah yang mampu menjamin masa depan. #DialogTigaPenjuru.
Dialog Tiga Penjuru: Tenaga kerja hari ini perlu anjal, teroka pelbagai bidang kerjaya – Shahril Hamdan
Young Global Leader World Economic Forum (WEF), Shahril Hamdan berkata tenaga kerja hari ini perlu anjal dan meneroka pelbagai bidang kerjaya berbanding kekal dalam satu bidang kerjaya semata-mata. Jelasnya, sikap anjal ini merupakan solusi untuk pastikan seseorang kekal relevan dalam pasaran kerja yang berubah pantas seiring trend global. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Cari bakat dengan kemahiran baharu lebih sukar daripada cari pelaburan – ALP Wahed Ventures
Ahli Lembaga Pengarah Wahed Ventures, Noor Amy Ismail berkata mencari bakat dengan kemahiran baharu yang diperlukan oleh industri ketika ini adalah lebih sukar berbanding mendapatkan pelaburan untuk masuk ke dalam negara. Jelasnya, antara punca kepada cabaran tersebut adalah kerana sukar mencari institusi pendidikan yang boleh memberikan latihan yang diperlukan. #DialogTigaPenjuru
Golongan T20 paling ramai guna plat kenderaan haram?
Eksperimen sosial dilakukan Cent-GPS mendapati 58.5 peratus daripada 1,256 kenderaan bernombor plat haram di Lembah Klang adalah kereta yang tergolong dalam kategori pendapatan T20.