KANGAR: Walaupun golongan ini terdiri daripada orang kurang upaya (OKU), namun, mereka tidak takut untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.
Dalam tinjauan Astro AWANI di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini, hari ini, beberapa penerima daripada golongan itu berkongsi pengalaman mereka.
Bagi Remli Abas, 62, yang cacat penglihatan, dia sangat teruja dan gembira mendapatkan suntikan vaksin.
Kata Remli, selepas menerima dos terbabit, dia yakin mampu menyelamatkan dirinya dan orang lain yang berada di sekitarnya.
Menurutnya, sekalipun sebelum ini dia ada mendengar pelbagai khabar kurang enak, namun, selepas menerima suntikan itu, kesemua dakyah yang disampaikan sekadar untuk menakutkan orang ramai sahaja.
“Nasihat pakcik (kepada orang ramai) jangan dengar cakap orang (yang sebar dakyah palsu). (Harus diingatkan) kesemua (vaksin) ini untuk kesihatan diri sendiri, untuk jaga diri kita,” ujar Remli lagi.
Remli anggap dirinya bertuah kerana mendapat peluang disuntik memandangkan namanya sememangnya sudah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Pakcik pernah dengar dalam radio dia orang cakap orang oku warga emas yang berdaftar dengan JKM secara automatik akan didaftar terus (menerima suntikan) dan hari ini dipanggil untuk terima… Alhamdulillah,” kata Remli penuh syukur.
Norazlin Nyan, 28, pula menyifatkan, pemberian vaksin ini sekurang-kurangnya membuatkan golongan sepertinya tidak berasa sangsi apabila berada dalam kalangan masyarakat.
Katanya, dia telah mendaftar melalui aplikasi Mysejahtera dengan pertolongan rakannya namun tidak menyangka menerima perkhabaran gembira dapat disuntik hari ini.
“Memang hendak (keinginan) cucuk vaksin sudah lama ada, selepas kawan-kawan ajak (datang) cucuk hari ini, saya terus datang sini… tak ada pula rasa takut sebab ramai yang datang. Alhamdulillah tidak ada apa-apa masalah,” kata Norazlin lagi.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis (Bahagian Kesihatan Awam), Dr Mohd Safiee Ismail berkata, Jabatan Kesihatan Negeri dan JKM telah mengambil inisiatif bagi memastikan seramai 600 OKU yang didaftarkan di negeri itu divaksinkan di PPV bergerak di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, hari ini.
Katanya, menyedari golongan ini sukar untuk ke PPV, langkah ini memudahkan mereka datang ke tempat mereka dan terus disuntik.
Seramai 60 orang mendaftar untuk menerima vaksin pada hari ini membabitkan 18 OKU penglihatan manakala bakinya adalah penjaga mereka.
Menyusul selepas ini, kata Dr Mohd Safiee, pihaknya akan memberi tumpuan pada golongan kurang yang keuzuran, terlantar dan tidak mampu begerak.
“Kita sudah berhubung dengan JKM untuk kenal pasti mereka yang terlantar. Sebelum suntikan diberi, kita akan lakukan pemeriksaan terlebih dahulu sama ada mereka ada jangkitan COVID-19 atau tidak.
“Seramai 600 orang dianggarkan kesemuanya. Insya-Allah kita akan atur bagaimana untuk berkunjung dari rumah ke rumah untuk memberi suntikan pada golongan ini,” jelas beliau lagi.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jun 03 2021
Antara orang kurang upaya yang menerima suntikan vaksin COVID-19 Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Perlis pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tahap pengurusan rantaian bekalan akan dipertingkat - PM Anwar
Mesyuarat MPN Ke-6 Tahun 2024 hari ini bersetuju dengan beberapa langkah bagi meningkatkan tahap pengurusan rantaian bekalan yang kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan.
Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19
Lyles terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara 200m, dengan emas menjadi milik atlet Botswana, Letsile Tebogo.
[KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia
Maklumat yang salah bukan sahaja ancaman di negara-negara Barat tetapi juga semakin menjadi masalah besar di Malaysia.
KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan
KKM membelanjakan sebanyak RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 buah klinik kesihatan di seluruh negara di bawah PSK dengan kontrak selama 5 tahun bermula tahun 2022.
Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19
Atlet renang Australia Lani Pallister terpaksa menarik diri dari acara bebas 1,500 meter selepas positif COVID-19, menurut pasukan negara itu pada Selasa.
Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tiba semula di Rumah Putih pada Selasa selepas beberapa hari diasingkan akibat COVID-19 dan di tengah-tengah khabar angin mengenai kesihatannya.
Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Persekutuan membenarkan dua wakil rakyat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat Muhyiddin untuk menggantung Parlimen sepanjang tempoh darurat pandemik COVID-19.
Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif
Ujian antigen pantas BINAX adalah negatif, bagaimanapun, beliau akan terus dipantau untuk sebarang penyakit berulang.
Biden alami gejala COVID-19 ringan, ambil ubat antiviral
Kevin O'Connor berkata gejala yang dialami presiden itu mempengaruhi sistem pernafasannya.