KUALA LUMPUR: Golongan muda perlu digalakkan untuk menceburi sektor tenaga boleh baharu (TBB) yang dapat membantu usaha kerajaan mempercepat peralihan tenaga negara.
Sehubungan itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyarankan agar golongan berkenaan untuk memanfaatkan peluang daripada inisiatif kerajaan yang turut mendorong peningkatan peluang pekerjaan dalam sektor TBB.
Ini juga sejajar dengan pendirian Malaysia yang komited untuk menurunkan impak jejak karbon dan usaha berkenaan perlu disambut baik oleh syarikat-syarikat tempatan, kata beliau.
"Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion sebagai dana asas untuk Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional yang membolehkan syarikat-syarikat mengambil peluang untuk berganjak kepada TBB.
"Usaha kerajaan itu termasuk memberikan akses pembiayaan melalui sistem perbankan yang mana bank-bank memperkenalkan pembiayaan hijau. Pihak bank (terbabit) juga telah memberi komitmen pembiayaan melebihi RM200 bilion bagi menggalakkan peralihan industri kepada ekonomi rendah karbon," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri sesi forum bertajuk "Accelerating Malaysia's Sustainable Future" sempena program Youth Empowerment Fair 2024 (YEF 2024) di sini, pada Sabtu.
Terdahulu pada forum itu, Amir Hamzah turut berkongsi usaha Bank Negara Malaysia menyediakan dana RM892 juta bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di bawah Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) untuk memudahkan mereka beralih kepada model perniagaan yang rendah karbon.
"Secara ringkasnya, kerajaan berusaha dari segi penetapan dasar, menyediakan kemudahan serta insentif dan seterusnya memastikan pasaran turut melaksanakan (perkara itu)," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024

Amir Hamzah menyarankan golongan muda untuk memanfaatkan peluang daripada inisiatif kerajaan yang turut mendorong peningkatan peluang pekerjaan dalam sektor tenaga boleh baharu. - Gambar Bernama
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Belia penentu usaha banteras rasuah, tangani isu integriti
Sehubungan itu, golongan muda perlu menjadi ejen perubahan sekali gus membangunkan Malaysia ke arah yang lebih baik.

Pendakwah perlu pertingkat penguasaan Bahasa Inggeris - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru pendakwa meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka berdebat dengan pemikir di Eropah dan negara luar dengan lebih baik.

KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).

Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.

Stigma sosial halang individu dapatkan rawatan kesihatan mental
Golongan muda atau pelajar universiti sedar akan kewujudan perkhidmatan kaunseling tetapi enggan dapatkan rawatan.

Nie Ching gesa pencinta kandungan golongan muda terap nilai komuniti
Pencipta kandungan perlu menyedari tidak semua kandungan mempunyai nilai intrinsik hanya kerana ia mudah untuk dihasilkan.

Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.

Kerajaan terus beri galakan kepada pemaju komited dengan pembinaan RMM - Fadillah
Kerajaan akan terus memberi galakan menerusi pelbagai insentif termasuk pelepasan cukai dan akses kepada tanah yang lebih strategik kepada pemaju yang komited dengan pembinaan rumah mampu milik (RMM)

Ibu bapa perlu luang lebih masa, interaksi bersama anak
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan ibu bapa agar meluangkan lebih masa dan berinteraksi bersama anak-anak bagi memupuk hubungan lebih harmoni.

Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.