KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada perlumbaan basikal Grand Fondo New York (GFNY) 2023.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata program berkenaan akan bermula di Dataran Merdeka pada 6 pagi dan melalui beberapa jalan sekitar pusat bandar raya Kuala Lumpur serta Selangor dan akan berakhir semula di Dataran Merdeka.
Beliau berkata antara jalan yang akan ditutup dan dilencongkan ialah Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Tun Razak ke arah Lebuhraya Sultan Iskandar.
"Selain itu, Jalan Kuching ke Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela ke Jalan Loke Yew, Bulatan Billion ke MRR2, MRR2 hingga ke Taman Metropolitan ke sempadan Selangor, Jalan Kuching bermula Bulatan Batu Caves hingga Bulatan Segambut dan Jalan Kuching hingga Bulatan Dato' Onn dan ke Dataran Merdeka semula.
"Jalan berkenaan akan ditutup dan dilencongkan bermula 6.30 pagi secara berperingkat hingga 9 pagi oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azmi berkata ia kemudian akan dibuka semula juga secara berperingkat mulai 9 pagi hingga 11.30 pagi.
"Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam atau elakkan melalui jalan yang ditutup dan patuhi arahan anggota polis bertugas bagi memastikan pengurusan lalu lintas berjalan lancar," katanya.
Beliau berkata tujuh pegawai kanan dan 103 pegawai rendah polis daripada JSPT akan digerakkan untuk menjalankan penugasan kawalan lalu lintas sepanjang berlangsungnya program berkenaan.
GFNY 2023 akan bermula pada 6 pagi untuk pendaftaran dan pelepasan seramai 1,200 peserta dari dalam dan luar negara akan dilakukan pada 7 pagi melibatkan dua kategori peringkat profesional dan semiprofesional iaitu 140kilometer (km) dan 70km.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023
Azmi berkata program berkenaan akan bermula di Dataran Merdeka pada 6 pagi dan melalui beberapa jalan sekitar pusat bandar raya Kuala Lumpur serta Selangor dan akan berakhir semula di Dataran Merdeka.- Fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
GFNY 2023: Beberapa jalan di ibu negara ditutup Ahad ini
Beberapa jalan utama di ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada perlumbaan basikal Grand Fondo New York (GFNY) 2023.
KPT perkenal Le Tour de IPT 2023
Perlumbaan jelajah tersebut dilihat sinonim dengan penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL), Le Tour de Peninsular dan Jelajah Malaysia.
Tun M rasmi perlumbaan peringkat pertama LTdL 2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merasmikan majlis pelepasan peringkat pertama perlumbaan basikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 di hadapan KLCC di sini.