BATU PAHAT: Selaras dengan perkembangan sukan berbasikal masa kini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merancang untuk memperkasakan lagi program sukan berprestasi tinggi itu dengan memperkenalkan perlumbaan jelajah Le Tour de IPT 2023.
Perlumbaan jelajah tersebut dilihat sinonim dengan penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL), Le Tour de Peninsular dan Jelajah Malaysia, kata Timbalan Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Seksyen Sukan KPT Pekan Ramli.
Menurut beliau, perlumbaan jelajah berkenaan yang akan diadakan pada tahun hadapan melibatkan laluan perlumbaan di beberapa negeri di Semenanjung, dengan laluan mula dan tamat perlumbaan melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT) terpilih.
"Justeru, di atas kejayaan penganjuran Kejohanan Varsity Cycling Challenge (VCC) 2022 yang memasuki tahun keenam ini, saya percaya KPT dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) selaku Pusat Sukan Tumpuan Berbasikal KPT dan semua agensi berkaitan mempunyai kemampuan yang sangat besar untuk menjayakan Le Tour de IPT 2023," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pekan berkata penganjuran VCC itu, yang menarik penyertaan 458 peserta dalam kalangan pelajar IPT dan orang awam itu, dilihat sebagai satu pemangkin kepada matlamat Dasar Pembangunan Sukan IPT untuk melahirkan The Thinking Athelete (s).
Terdahulu, beliau menghadiri majlis penutup dan penyampaian hadiah VCC di Dewan Seri Medan, di sini, yang dihadiri Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, yang turut melancarkan perlumbaan jelajah itu.
Pada kejohanan itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memenangi kategori Lebuhraya Berpasukan Pelajar Lelaki IPT manakala UTeM mengungguli kategori Lebuhraya Berpasukan Pelajar Wanita IPT.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 26 2022
Perlumbaan jelajah tersebut dilihat sinonim dengan penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL), Le Tour de Peninsular dan Jelajah Malaysia. - Gambar hiasan/ Bernama
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
KPT hasrat sedia lebih penajaan program sub kepakaran, sabatikal kepada pensyarah UA
KPT kini sedang menyemak semula kemudahan penawaran dan syarat kelayakan baharu untuk program pascakedoktoran dan tidak terhad kepada pensyarah berjawatan tetap sahaja.
Kes buli UPNM: Mindef siasat, kenal pasti pelaku, KPT pandang serius - Zambry
Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pelaku yang didakwa membuli seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Pelajar IPT boleh mohon baucar buku RM100 bermula hari ini
Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) boleh membuat permohonan baucar buku fasa kedua bernilai RM100 bermula hari ini hingga 31 Dis.
Baucar buku fasa kedua pelajar IPT bermula 30 Oktober
Penyaluran baucar akan dilaksana melalui platform digital kepada pelajar IPT yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif sehingga 31 Mac 2024.
Deepavali: Sesi PdP dalam talian, hibrid untuk pelajar, pengajar Hindu - KPT
KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu adalah bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali pada Khamis ini.
GISB: KPT akan bertindak selepas dapat laporan penuh - Zambry
KPT akan mempertimbang sebarang keperluan atau tindakan berhubung isu GISB selepas mendapat laporan penuh daripada pasukan khas yang menyiasat kes itu.
KPT gerakkan 878 sukarelawan misi bantuan pascabanjir
KPT menggerakkan misi bantuan pascabanjir melalui Briged Sukarelawan IPT dengan kekuatan 878 sukarelawan terdiri daripada staf dan pelajar.
KPT kerjasama dengan Wisma Putra pantau keselamatan pelajar di Bangladesh
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memantau keselamatan pelajar yang masih berada di Bangladesh menerusi kerjasama dengan Wisma Putra, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.