SEBERANG JAYA: Kerajaan akan meneliti pelbagai aspek sebelum membuat keputusan sama ada mahu membina kem pelarian termasuk untuk etnik Rohingya di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia susulan gesaan dibuat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Beliau berkata, banyak perkara yang perlu diteliti sebelum polisi berkaitannya diumumkan.
"Perkara itu (kem pelarian) adalah apa yang dicadangkan mereka (UNHCR) bagi menangani isu pelarian Rohingya ini, tetapi kita tidak pasti bentuk kem pelarian bagaimana yang dimaksudkan (UNHCR).
"Kita kena melihat kepada realiti seperti tempat dan lokasi serta pembinaan (kem pelarian), itu semua perlu diambil kira sebelum kita umumkan sesuatu polisi," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau dua lokasi yang menjadi lokasi penempatan warga asing dan etnik Rohingya di Pulau Pinang iaitu di Rumah Pangsa Jalan Terubuk dan Pangsapuri Taman Sutera.
Menurut beliau, tinjauan bersama anggota dan pegawai Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan masyarakat yang mendakwa terganggu dengan kehadiran terlalu ramai warga asing termasuk etnik Rohingya di kawasan mereka.
Seramai 163 warga asing yang kebanyakannya etnik Rohingya diperiksa dalam operasi dan tinjauan itu.
Dalam pada itu Hamzah berkata, kerajaan juga akan meminta UNHCR menyerahkan senarai pemegang kad suruhanjaya tersebut di negara ini bagi membolehkan pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan.
"Ini kerana tindakan penguatkuasaan seperti bagi kesalahan tinggal melebihi tiga tahun di negara ini tidak dapat diambil kerana kerajaan tidak mempunyai senarai mereka yang memegang kad UNHCR tersebut.
"Jelasnya, UNHCR sepatutnya boleh memberikan senarai itu tanpa meletakkan sebarang syarat yang hanya akan menunjukkan suruhanjaya berkenaan tidak ikhlas dalam tindakan mereka," katanya.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Jun 15 2021
Hamzah berkata, gesaan itu dibuat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). - Gambar fail
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Iran, Malaysia bekerjasama terbit buku tentang kepincangan dalaman Israel
Iran dan Malaysia bekerjasama menerbitkan sebuah buku baharu yang mengupas isu kepincangan dalaman rejim Zionis, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa tidak jejas hubungan dagangan dengan AS - Anwar
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa seperti Gaza dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan AS.
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
MIHAS@Dubai cecah jualan luar biasa RM2.2 bilion
Matrade) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai (MIHAS@Dubai) dengan kejayaan luar biasa, dengan jualan melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.
Malaysia dipilih semula terajui Lembaga Pengarah SMIIC
Malaysia memenangi kerusi dalam pemilihan semula ahli Lembaga Pengarah SMIIC bagi penggal 2025-2027 pada Perhimpunan Agung Ke-19 SMIIC yang berlangsung pada 14 November lepas di Istanbul, Turkiye.
Malaysia bukti komitmen matlamat iklim dengan dasar yang konsisten - Nik Nazmi
Malaysia memperkukuh komitmen menghadapi perubahan iklim melalui beberapa inisiatif yang konsisten bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Malaysia desak negara maju tingkatkan pembiayaan iklim di COP29
Malaysia menempelak negara-negara maju yang sanggup membelanjakan trilion dolar untuk konflik dan peperangan tetapi menafikan pembiayaan tindakan iklim untuk negara membangun.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.
Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.