KUALA LUMPUR: Geran RM10 juta yang diperuntukkan di bawah Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (Cendana) menerusi inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) tahun lepas, diluluskan sepenuhnya untuk membantu menyara kehidupan rakyat yang terlibat dalam industri kreatif.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata geran itu adalah sebahagian daripada RM225 juta yang diperuntukkan melalui MyCreative Ventures Group untuk meningkatkan daya tahan ekonomi kreatif.
"Setakat hari ini, kita telah menyalurkan RM5.54 juta dana kepada 554 pekerja industri kreatif.
"Sebanyak RM8 juta lagi diperuntukkan kepada Cendana di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), telah diluluskan 82 peratus," katanya ketika merasmikan 'Pemulihan: Pembaharuan Exhibition, Fergana Art' di Publika Shopping Gallery di sini hari ini.
Tengku Zafrul berkata bagi memulihkan aktiviti industri kreatif, agensi seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Cendana dan MyCreative Ventures akan mempergiatkan pelbagai inisiatif.
Antara lain, di bawah Bajet 2022, beliau berkata sebanyak RM188 juta disediakan untuk meneruskan inisiatif seperti Dana Kandungan Digital, projek Kandungan Multimedia Digital, Insentif Filem dan Program Perkasa Modal Insan.
Sementara itu, mengulas mengenai pameran itu, Tengku Zafrul berkata ia memaparkan peristiwa yang jarang berlaku, peluang sekali seumur hidup untuk mengambil bahagian dalam merangka dan menulis sejarah.
"Edisi ini adalah pendekatan lebih bernuansa melibatkan 89 profesional kreatif daripada artis visual, penulis, penyair, saintis sosial, pemuzik, saintis, ahli teknologi, arkitek, wartawan foto dan editor.
"Secara ringkasnya adalah projek ini tentang apa, melangkaui kepentingan komersial dan dasar ekonomi," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Bhd Sufian Abdullah berkata selain membantu menawarkan rebat sewa kepada artis tempatan dalam ruang seni semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia kini terus menyokong mereka untuk berinteraksi semula dengan penonton menerusi persembahan yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook atau saluran YouTube.
Pameran seni bertemakan COVID-19 yang berlangsung hingga 5 Dis ini memaparkan lanjutan kepada kesan PKP dan COVID-19 kepada kehidupan manusia, mata pencarian dan komuniti mereka sepanjang 20 bulan lepas, di Malaysia.
Pameran itu ditaja bersama UEM Sunrise dan disokong oleh Yayasan Hasanah dan Balai Seni Lukis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021
Tengku Zafrul berkata, geran itu adalah sebahagian daripada RM225 juta yang diperuntukkan melalui MyCreative Ventures Group. - Gambar fail
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
Geran Cendana RM10 juta diluluskan sepenuhnya - Tengku Zafrul
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata geran itu adalah sebahagian daripada RM225 juta yang diperuntukkan melalui MyCreative Ventures Group untuk meningkatkan daya tahan ekonomi kreatif.
Prisma: Lebih 9,000 penggiat seni kreatif peroleh manfaat - Saifuddin Abdullah
Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma) menyediakan 32 program yang memanfaatkan lebih 9,000 penggiat seni kreatif yang terjejas.
Kolaborasi CENDANA-Yayasan Sime Darby sediakan bantuan kepada penggiat seni
Bagi tahun ini, program ini diteruskan dan sebanyak 1,500 permohonan telah diterima dari komuniti seni budaya.
Penubuhan Perbadanan Muzik Malaysia demi masa depan industri muzik tempatan - Saifuddin
Kertas kerja tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Kabinet dalam masa terdekat bagi mendapatkan kelulusan.
Inisiatif RM10 juta Cendana: Lebih 3,000 artis, pekerja budaya bakal terima manfaat
Penerima yang berjaya menerima jumlah geran serendah RM3,500 hingga RM150,000, bergantung kepada permohonan dan program pemohon.
PM Najib lancar Cendana, pacu pertumbuhan sektor seni budaya negara
Cendana ditadbir oleh Jawatankuasa Penasihat Eksekutif yang memantau pembangunan dan pelaksanaan strategi korporat.