Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (Cendana) dan penyaluran peruntukan awal sebanyak RM20 juta kepada agensi itu untuk menerajui pembangunan seni budaya di Malaysia.
Najib berkata melalui pertemuan bersama penggiat seni baru-baru ini, mereka menyuarakan bahawa sektor seni budaya memerlukan suntikan baharu bagi mendorong ia berkembang menjadi satu komponen penting dalam negara kita.
"Kita telah melihat seni budaya merupakan satu komponen yang berpotensi yang belum lagi kita bangunkan ke tahap optimum.
"Oleh itu, hari ni saya isytiharkan bahawa ekonomi seni budaya adalah merupakan aset baharu Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Cendana itu di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Cendana, ditubuhkan kerajaan menerusi MyCreative Ventures, berpandukan wawasan untuk membina ekonomi kebudayaan yang pesat berkembang dan penuh inspirasi bagi Malaysia serta boleh dikongsi bersama seluruh rakyat dengan menumpukan usaha menyokong pembangunan sektor seni dan budaya dalam industri kreatif serta mempromosikannya kepada khalayak yang lebih luas.
Cendana ditadbir oleh Jawatankuasa Penasihat Eksekutif yang memantau pembangunan dan pelaksanaan strategi korporat serta memastikan objektifnya dicapai.
Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Penasihat Komunikasi Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dan dianggotai beberapa tokoh antaranya Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative Ventures Johan Ishak, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah Shahira Ahmed Bazari, Ketua Pegawai Operasi Bursa Malaysia Datin Azalina Adham dan Naib Presiden Perniagaan Bahasa Melayu Astro Datuk Khairul Anwar Salleh.
"Kita mempunyai nilai-nilai seni budaya yang bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi terus dibangunkan sebagai punca kekuatan dan kebangaan untuk rakyat Malaysia," kata Najib.
Beliau berkata penubuhan Cendana mestilah berlainan daripada badan lain yang tidak seharusnya dipimpin oleh orang politik atau birokrat tetapi oleh golongan seni sendiri.
Perdana menteri berkata sektor seni budaya adalah komponen terakhir transformasi ke arah menjadi negara maju.
"Kita mahu Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang kaya dengan warisan, tapi warisan semata-mata tidak memadai, kita harus membangunkannya...hanya selepas itu negara kita akan mempunyai sumber aspirasi baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kiri) merasmikan penubuhan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (Cendana) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
PM Najib lancar Cendana, pacu pertumbuhan sektor seni budaya negara
Cendana ditadbir oleh Jawatankuasa Penasihat Eksekutif yang memantau pembangunan dan pelaksanaan strategi korporat.