Gerakan Media Marah (GERAMM) hari ini menggesa pihak kerajaan membantu menyelesaikan permasalahan gaji yang menimpa wartawan dan kakitangan Bernama TV (BTV) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan nasib media itu menuntut agar masalah yang melibatkan 160 pekerja BTV dan 100 pekerja RTM ditangani segera oleh semua pihak yang terbabit.
"Kenaikan kos sara hidup adalah realiti yang terpaksa ditanggung oleh hampir seluruh rakyat Malaysia, apatahlagi pekerja yang telah dinafikan hak mereka untuk menerima gaji," kata kenyataan tersebut pada Isnin.
GERAMM turut meminta pihak tersebut supaya mencari penyelasaian jangka panjang dengan secepat mungkin.
"Oleh itu, Geramm dengan ini menyeru pihak kerajaan dan khususnya Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk menyegerakan sebarang tindakan ke arah mencari penyelesaian jangka panjang bagi masalah yang berlaku.
"Mengambil kira status BTV sebagai sebuah syarikat sendirian berhad, Geramm ingin menegaskan bahawa para pemegang saham utama tidak boleh ‘lepas tangan’ dalam isu kebajikan pekerja yang terlibat," kata kenyataan itu lagi.
Dalam satu laporan Malaysiakini pada 10 Februari, seramai kira-kira 140 kakitangan diarah bercuti kerana BTV tidak mampu menanggung bayaran gaji mereka, di mana gaji terakhir yang diterima adalah pada 24 Disember.
Difahamkan nasib yang sama turut menimpa kakitangan dan wartawan RTM.
Pengurus besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh pada hari Ahad dilaporkan berkata bahawa agensi berita kebangsaan itu telah “mengambil langkah atas dasar kemanusiaan” untuk membayar gaji pekerja-pekerja terlibat bagi bulan Januari dan Februari, dengan peruntukkan sebesar RM500,000.
Astro Awani
Mon Feb 16 2015
GERAMM turut meminta pihak terlibat supaya mencari penyelasaian jangka panjang dengan secepat mungkin.
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Muhyiddin kupas isu COVID-19, pelaksanaan PKP malam esok
Perdana Menteri akan tampil dalam temu bual eksklusif menerusi RTM dan Bernama TV pada pukul 9 malam Ahad untuk jelaskan situasi negara hadapi krisis kesihatan.
Wawancara 1MDB: Saya sahut cabaran anda Tony Pua, kata Arul Kanda
Arul Kanda Kandasamy berkata dia sanggup menyahut cabaran Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk mengadakan wawancara secara langsung di televisyen bagi menjawab persoalan berkaitan.
Bernama ambil langkah kemanusiaan bayar gaji pekerja Bernama TV
Bernama mengambil langkah atas dasar kemanusiaan untuk membayar gaji pekerja-pekerja Bernama TV bagi bulan Januari dan Februari.