Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) telah menghantar senarai nama calon yang berpotensi bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden parti Datuk Seri Mah Siew Keong berkata kesemua 45 nama calon yang merupakan gabungan muka baharu dan diberikan kepada SPRM untuk disemak bagi memastikan mereka tiada rekod dan bebas rasuah.
"Semasa 2013 kita telah bertanding di 45 kerusi dan disebabkan itu kami telah menghantar senarai nama calon ini kepada SPRM sejak sebulan yang lepas bagi memastikan calon kita mempunyai rekod bersih dan semua calon sedar bahawa sesiapa yang mempunyai rekod buruk tidak berpeluang bertanding pada PRU akan datang.
"Bagaimanapun sehingga kini kami masih menunggu keputusan daripada SPRM sebelum senarai penuh dihantar kepada Dewan Tertinggi BN untuk dimuktamadkan," katanya selepas menghadiri Bengkel Media Sosial untuk penyediaan PRU14 di Menara PGRM hari ini.
Bagi persiapan PRU14, Mah berkata parti itu berharap dapat memainkan peranan lebih besar dalam menguatkan jenteranya untuk melawan penyebaran berita palsu yang mungkin disebarkan melalui media digital.
Beliau berkata, bagi tujuan itu, lebih 80 peserta yang terdiri daripada penyelaras, calon berpotensi dan pemimpin parti telah mengikuti beberapa sesi latihan media sosial bagi mengkukuhkan lagi jaringan dengan pengundi melalui platform media baharu itu.
"Kita mengakui pada PRU terdahulu semua calon kita telah bekerja keras namun disebabkan kekurangan publisiti dan interaksi melalui media sosial, menyebabkan kita kurang perform.
Dalam pada itu, Mah yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mengalu-alukan pelantikan Tan Sri Sulaiman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) baharu berkuat kuasa serta-merta menggantikan Tan Sri Isa Samad.
Beliau berkata pelantikan itu akan memberi peluang FGV untuk kembali fokus dalam mengukuhkan eksport kelapa sawit negara ke seluruh dunia.
"Kita lega isu dalaman FGV telah berakhir kerana sebagai syarikat perladangan terbesar negara, kita mahu FGV membantu meningkatkan produktiviti minyak kelapa sawit dan memastikan ia dapat dieksport dan diterima oleh semua negara.
"Ketika ini pasaran terbesar kita adalah di Eropah di mana tahun lepas sahaja kita mengeksport RM100 bilion minyak kelapa sawit dan produk kelapa sawit. Sebagai trend setter kita berharap eksport di Eropah ini akan berkembang ke negara lain pula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2017
![Gerakan tapis senarai calon PRU14 di SPRM sebelum serah kepada PM Gerakan tapis senarai calon PRU14 di SPRM sebelum serah kepada PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81442128177_MahSiewKeong.jpg)
Mah Siew Keong berkata kesemua 45 nama calon yang merupakan gabungan muka baharu dan diberikan kepada SPRM untuk disemak bagi memastikan mereka tiada rekod dan bebas rasuah. -Gambar fail
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720909841_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata meskipun menyedari perkara itu akan mengambil masa, namun ia tidak mustahil untuk dicapai.
![PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi
Keputusan berkenaan kerjasama BN dengan PH pada PRU16 hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
![Nenggiri perlukan 'sentuhan' kerajaan pusat - UMNO Gua Musang Nenggiri perlukan 'sentuhan' kerajaan pusat - UMNO Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720304819_KembaraIniWarisan.jpg)
Nenggiri perlukan 'sentuhan' kerajaan pusat - UMNO Gua Musang
Penduduk di kawasan DUN Nenggiri perlu memberikan peluang dan kepercayaan kepada BN untuk berkhidmat di kawasan itu.
![[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan [KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720031129_kempensungaibakap.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan
SELEPAS Pilihan Raya Umum ke-15, landskap politik Malaysia disajikan dengan beberapa pilihan raya kecil termasuk pilihan raya enam negeri.
![PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719802521_kempenPilihanRaya.jpg)
PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan
Kedua-dua calon dilihat giat mendekati masyarakat India dengan pelbagai program turun padang demi memancing undi kaum itu.
![PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719645635_DatukSeriDrZambry.jpg)
PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry
Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK Sungai Bakap Datuk Seri Zambry Abd Kadir yakin rakyat semakin bijak menilai isu dibangkitkan pembangkang.
![BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718957976_ZahidHamidi.jpg)
BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan jika diadakan.
![PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715440436_TBCALONDAP.jpg)
PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
![PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717859600_TBZAMBRY.jpg)
PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen
Komitmen itu turut dinyatakan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan nanti.
![UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717839889_JohariAbdulGhani.jpg)
UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda
UMNO Kelantan perlu memberi peluang dan melahirkan lebih ramai golongan pelapis muda untuk menerajui Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.