Berita baik buat peniaga dan penggemar durian di Pulau Pinang apabila kerajaan negeri mengumumkan gerai jualan raja buah itu di tepi-tepi jalan dibenarkan beroperasi semula, bermula Selasa.
Bagaimanapun menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo, semua pemilik gerai harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Katanya, buat masa ini, peniaga hanya boleh menjual durian yang telah dibungkus dalam bekas, manakala pelanggan tidak dibenarkan makan di gerai tersebut.
"Kita akan benarkan gerai-gerai yang menjual durian di tepi jalan untuk jual secara beli dan bawa pulang dalam fasa pertama kebenaran ini.
"Pada masa sama, kita akan kaji pelan jangka sederhana dan panjang membabitkan jualan durian ini.
"Kebenaran ini adalah sebahagian daripada Strategi Pemulihan Berperingkat yang dilaksanakan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk merancakkan semula ekonomi," katanya selepas mengadakan tinjauan di sebuah gerai durian tepi jalan di Lorong Susu, Georgetown pada Selasa.
Katanya terdapat kira-kira 100 gerai durian tepi jalan di Pulau Pinang.
Sebelum ini katanya, kerajaan negeri hanya membenarkan penjual durian berlesen menjual durian di beberapa pasar awam di negeri ini.
Astro Awani
Tue Jun 02 2020

Terdapat kira-kira 100 gerai durian tepi jalan di Pulau Pinang dan semua pengusaha dibenarkan menyambung operasi. Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Serangan seksual, Gerard Depardieu dibicarakan Isnin depan
Pelakon legenda Perancis, Gerard Depardieu akan dibicarakan pada Isnin depan atas dakwaan serangan seksual terhadap dua wanita di set penggambaran.
Dua maut dalam serangan dron Rusia di Zaporizhzhia
Serangan Rusia telah mengorbankan dua orang di bandar tenggara Ukraine, Zaporizhzhia manakala tiga lagi di bahagian utara dan timur negara itu pada lewat malam Jumaat.
Iftar Sekampung zahir semangat ukhwah masyarakat setempat
Lebih daripada sekadar berbuka puasa, program ini turut mencerminkan semangat kejiranan dan ukhuwah yang kukuh dalam kalangan masyarakat setempat.
Dua anggota bomba maut akibat kebakaran
Dua anggota bomba ditemui mati di Korea Selatan manakala dua lagi hilang dalam kejadian lebih 20 kebakaran hutan berlaku di seluruh negara pada Sabtu termasuk yang meragut nyawa di tenggara Semenanjung Korea.
Lelaki bersenjata samun kedai emas di Kota Damansara
Seorang lelaki bersenjatakan pistol bertindak berani mati apabila menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya Kota Damansara, petang Sabtu.
Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di Bukit Katil
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Penghulu Jaabar, Bukit Katil pada Jumaat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceriaan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berharap berita baik yang diterima rakyat hari ini dapat menceriakan mereka menjelang sambutan Aidilfitri.

PM umum berita gembira mengenai barangan makanan esok - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman baik berkenaan barangan makanan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

KKD akan umum berita baik untuk pengamal media - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengumumkan berita baik buat pengamal media yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan tidak lama lagi, kata Menterinya Fahmi Fadzil.

Cuepacs jangka PM umum berita baik kepada penjawat awam 8 Ogos ini
Cuepacs menjangkakan pengumuman berita baik kepada penjawat awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Ogos ini.

PM bakal umum satu lagi berita baik sempena Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Bajet 2023: Banyak berita baik untuk rakyat - PM Anwar
Bajet 2023 yang dijadual dibentangkan pada 24 Februari hadapan akan mengandungi banyak berita baik untuk rakyat.

Gerai jualan durian diberi kebenaran beroperasi di Pulau Pinang
Buat masa ini, peniaga hanya boleh menjual durian yang telah dibungkus dalam bekas, manakala pelanggan tidak dibenarkan makan di gerai tersebut.