SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menjangkakan pengumuman berita baik kepada penjawat awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Ogos ini.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata kerajaan memberikan komitmen tinggi bagi menambah baik kebajikan penjawat awam di negara ini termasuk Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sedang diguna pakai telah dilaksana sejak 1 Nov 2002.
"Cuepacs berterima kasih kepada Perdana Menteri dalam kenyataannya baru-baru ini iaitu kerajaan sedang menilai dan akan mengumumkan sesuatu kepada penjawat awam dalam waktu terdekat.
"Kami dimaklumkan ada satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri pada 8 Ogos, mudah-mudahan pada pertemuan itu, ada sesuatu untuk penjawat awam sebagaimana perkara kami bentangkan kepada Perdana Menteri pada perjumpaan 18 Julai lalu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Malaysia Madani Perkhidmatan Awam Bersama Cuepacs dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.
Adnan berkata Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat berhubung keperluan khusus kepada penjawat awam baru-baru ini dan satu pasukan kajian bagi sistem saraan ditubuhkan bagi memperhalusi pelbagai perkara bagi menambah baik kebajikan kumpulan itu.
"Tuntutan kami dimasukkan dalam pasukan kajian tersebut dan mungkin belum selesai lagi ketika ini, tetapi apa diharapkan adalah satu bentuk kelegaan semasa untuk penjawat awam bagi menampung perbelanjaan keluarga sementara menunggu kajian sistem saraan itu dimuktamadkan," katanya.
Perdana Menteri dilaporkan akan mengumumkan beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam dalam tempoh seminggu dua lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023

Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan akan mengumumkan beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam dalam tempoh seminggu dua lagi. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Serangan seksual, Gerard Depardieu dibicarakan Isnin depan
Pelakon legenda Perancis, Gerard Depardieu akan dibicarakan pada Isnin depan atas dakwaan serangan seksual terhadap dua wanita di set penggambaran.
Dua maut dalam serangan dron Rusia di Zaporizhzhia
Serangan Rusia telah mengorbankan dua orang di bandar tenggara Ukraine, Zaporizhzhia manakala tiga lagi di bahagian utara dan timur negara itu pada lewat malam Jumaat.
Iftar Sekampung zahir semangat ukhwah masyarakat setempat
Lebih daripada sekadar berbuka puasa, program ini turut mencerminkan semangat kejiranan dan ukhuwah yang kukuh dalam kalangan masyarakat setempat.
Dua anggota bomba maut akibat kebakaran
Dua anggota bomba ditemui mati di Korea Selatan manakala dua lagi hilang dalam kejadian lebih 20 kebakaran hutan berlaku di seluruh negara pada Sabtu termasuk yang meragut nyawa di tenggara Semenanjung Korea.
Lelaki bersenjata samun kedai emas di Kota Damansara
Seorang lelaki bersenjatakan pistol bertindak berani mati apabila menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya Kota Damansara, petang Sabtu.
Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di Bukit Katil
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Penghulu Jaabar, Bukit Katil pada Jumaat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tangguh waktu kerja jururawat: Tempoh sesuai semua pihak beri pandangan - Cuepacs
Cuepacs yakin kerajaan akan menangani perkara itu dengan baik, sekali gus memastikan sistem penyampaian kesihatan kepada rakyat tidak terjejas.

CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.

Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.

Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.

Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.

Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.

Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.

Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.

Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.

Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.