Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan 'Geng Tebuk' warga Vietnam yang aktif melakukan kegiatan pecah pasar raya dan kedai emas di daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah, membabitkan kerugian RM1 juta.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kumpulan itu, yang didalangi dua lelaki berusia 33 dan 38 tahun, berjaya ditahan dalam Op Tebuk, di Butterworth, Rabu lepas.
Norzainy berkata, kedua-dua suspek tinggal di negara ini sejak tiga tahun lalu menggunakan pas lawatan sosial dan bekerja sebagai tukang sembelih khinzir di Mak Mandin.
Katanya, kumpulan itu aktif melakukan jenayah sejak enam bulan lepas dan mengaku mengirim semua wang hasil rompakan bernilai hampir RM1 juta ke kampung halaman mereka di Vietnam.
"Wang tunai (yang dirompak) dihantar ke kampung. Modus operandi adalah dengan pecah masuk pintu belakang (premis) untuk tebuk peti besi.
"Kita juga temui alatan seperti parang yang digunakan untuk mempertahan diri. (Mereka juga) pinjam kereta milik warga Vietnam di KL," ujar Noorzainy.
Dalam tangkapan itu, polis menemui pelbagai peralatan dan senjata di dalam kereta dipinjam daripada rakan mereka, yang disyaki untuk kegunaan melakukan kegiatan jenayah berkenaan.
Susulan penahanan kedua-dua suspek, beliau berkata, polis percaya berjaya menyelesaikan enam kes pecah pasar raya, kedai emas dan rumah yang berlaku di sekitar daerah itu.
Dalam pada itu Norzainy berkata, polis kini mengesan dua lagi rakan sejenayah suspek yang masih bebas.
Semua suspek direman sehingga 28 Julai ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jul 20 2020
Antara barangan yang dirampas daripada kumpulan 'Geng Tebuk' ditunjukkan kepada media. - Astro AWANI
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
'Geng Tebuk' warga Vietnam tumpas, hantar wang rompakan RM1 juta ke kampung halaman
Polis menemui pelbagai peralatan dan senjata di dalam kereta dipinjam daripada rakan mereka.
4 anggota 'Geng Tebuk' warga Vietnam ditembak mati
'Geng Tebuk', yang menjadi buruan polis, terlibat dengan kegiatan pecah masuk gudang dan pasar raya untuk menebuk peti simpanan wang.
Dua suspek geng tebuk tumpas
Polis menembak mati dua penjenayah dikenali sebagai geng tebuk yang cuba melakukan samun dan pecah masuk di sebuah pasar raya di Taman Bandar Baru Sungai Udang, di sini pagi tadi.