KLUANG: Polis berjaya menumpaskan kegiatan pecah masuk dan mencuri harta benda milik 10 sekolah di sekitar daerah ini, Batu Pahat dan Mersing yang didalangi tiga sahabat dikenali Geng Rongak.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, tiga suspek berusia 21 hingga 34 tahun itu berjaya ditahan menerusi tiga serbuan yang dilakukan di daerah ini pada Selasa.
Katanya, hasil semakan mendapati ketua geng berusia 34 tahun itu mempunyai 19 rekod jenayah lampau selain pernah dikenakan hukuman buang daerah (POCA) di Pahang, manakala salah seorang lagi suspek memiliki satu rekod kesalahan narkotik.
"Tangkapan pertama dibuat ke atas suspek berusia 34 tahun di sebuah pusat hiburan di bandar Kluang jam 11 malam, manakala suspek kedua dan ketiga berusia 21 tahun ditahan di kediaman masing-masing pada jam 2 pagi serta 3 petang hari yang sama.
"Polis berjaya merampas enam komputer riba pelbagai jenama, dua tablet, dua telefon bimbit, satu unit "walkie talkie", dua kotak muzik, dua resit penjualan komputer, sebatang pengunci L, sebatang sepana serta sebuah kereta Proton Wira," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, pada Khamis.
Menurut Bahrin, dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes pecah sekolah di tiga daerah berkenaan sejak Disember tahun lalu, membabitkan kerugian kira-kira RM49,794.
"Modus operandi kumpulan ini adalah menyasarkan sekolah-sekolah yang difikirkan boleh dipecah masuk selepas mendapati pengawal keselamatan hari berada di pondok kawalan di hadapan sekolah.
"Mereka tidak mengira sekolah apa sama ada menengah atau rendah asalkan boleh dimasuki dengan peralatan membuka kunci iaitu pengunci L dan sepana," katanya.
Menurut Bahrin lagi, semua suspek dikenakan tahanan reman selama empat hari sehingga 3 Februari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 03 2023

Bahrin (dua dari kanan) menunjukkan barang-barang rampas selepas menahan tiga lelaki dikenali Geng Rongak pada Selasa. -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Geng Rongak aktif pecah masuk sekolah tumpas
Tiga suspek berusia 21 hingga 34 tahun itu berjaya ditahan menerusi tiga serbuan yang dilakukan di daerah ini pada Selasa.