KUALA LUMPUR: Geng Pian yang aktif menyamun di Perak dan Kuala Lumpur sejak 2020 akhirnya tumpas apabila dua suspek ditahan baru-baru ini di dua lokasi berasingan.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kedua-dua suspek berusia 38 tahun ditahan di Perak serta Pahang pada 4 Januari dan 6 Januari lalu.
Beliau berkata, tangkapan itu dibuat susulan kejadian samun bersenjata di sebuah bank di Kepong, dekat sini jam 8 malam pada 27 Disember 2023.
"Tertangkapnya dua suspek Geng Pian ini, pihak polis yakin berjaya menyelesaikan beberapa kes samun yang berlaku di Kuala Lumpur dan Perak.
"Hasil siasatan mendapati, suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau samun iaitu sebanyak 28 kes di Perak dan enam di Kuala Lumpur," katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Ahmad Sukarno berkata, susulan daripada tangkapan dilakukan, pihak polis turut merampas empat buah telefon bimbit pelbagai jenama, dua pasang pakaian yang dipakai ketika kejadian, dua buah topi keledar, sebuah motosikal serta sebilah pisau.
Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan sehingga menyebabkan kecederaan.
Mengulas kejadian samun yang dilakukan oleh suspek di Kepong, beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan yang berumur 30 tahun jam 12.09 pagi pada 28 Disember lalu.
Menurutnya, pengadu yang ketika itu sedang bertugas di dalam kawasan ruangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) telah menegur suspek memakai topi keledar ketika memasuki ke lokasi tersebut.
Namun begitu katanya, suspek bertindak mengacukan sebilah pisau ke arah pengadu dan berlaku pergelutan, menyebabkan pengadu mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala apabila dihentak dengan hulu pisau.
Tambahnya lagi, suspek kemudiannya bertindak merompak tiga lagi lelaki warga tempatan yang berada di ruangan ATM ketika itu.
"Suspek kemudiannya melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal bersama seorang lagi rakannya yang berada di luar premis bank tersebut," ujarnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 12 2024

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, Ahmad Sukarno Mohd Zahari bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
'Saya tak paham kenapa mereka tepuk' - YB Paya Besar
Pindaan telah menunjukkan untuk membuat sesuatu rang undang-undang perkhidmatan Parlimen. Pindaan kepada Perlembagaan antara perkara asas yang perlu dilakukan. Hak sesama pembuat undang-undang harus dihormati antara kedua-dua pihak jelas YB Besut. #AWANInews

RM12.7 bilion Wang Tak Dituntut direkodkan - MOF
Individu atau waris yang berhak boleh mengemukakan permohonan tuntutan secara atas talian menerusi portal rasmi eGUMIS.

Jabatan Penjara kesan sindiket minta wang untuk makanan istimewa penghuni
Kegiatan itu dikesan setelah pihak Jabatan Penjara menerima beberapa aduan daripada mangsa yang menerima pesanan ringkas tersebut.

Bursa Malaysia dibuka tinggi selepas empat hari catat penurunan
Pada pukul 9.40 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.06 mata atau 0.65 peratus kepada 1,565.72 daripada 1,555.66 ketika ditutup semalam.
Kepakaran dari India dalam mengendalikan gajah sejak 1970an - Nik Nazmi
PERHILITAN telah mendapatkan latihan kepakaran dari India untuk mengendalikan gajah sejak 1970an. Siri lawatan dan pertukaran kemahiran juga dilakukan bersama Thailand dan Indonesia jelas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi. #AWANInews
PM turun ke beberapa negeri, bincang agenda basmi kemiskinan
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke beberapa negeri minggu depan bagi mempengerusikan mesyuarat khas bersama kerajaan negeri antaranya bagi membincangkan agenda membasmi kemiskinan tegar. #AWANInews

China sasar pertumbuhan ekonomi sekitar 5 peratus pada 2025
Laporan turut menggariskan beberapa sasaran pembangunan utama lain tahun ini, termasuk kadar pengangguran di kawasan bandar sekitar 5.5 peratus.
Langkah-langkah tidak boleh diambil dengan cara tersendiri - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata pendekatan yang menyeluruh harus diambil kira dalam menyelesaikan masalah habitat hidupan liar. Kerajaan telah memperkenalkan pelan baharu pada 2019 untuk meningkatkan ruang perlindungan atau rizab hidupan liar seluas 15,000 hektar pada tahun 2025 di Semenanjung Malaysia. #AWANInews
Malaysia dahului negara lain selaku rakan ekosistem pembangunan cip AI
Malaysia akan meterai kerjasama strategik dengan syarikat peneraju semikonduktor global bagi pembangunan cip AI sekali gus menjadi rakan ekosistem pembangunan cip AI & hab utama di ASEAN. #AWANInews

Rumah Putih bantah rancangan pembinaan semula Gaza oleh pemimpin Arab
Katanya, cadangan itu tidak mengambil kira realiti bahawa Gaza kini tidak boleh didiami dan penduduknya tidak dapat hidup secara manusiawi.

Dua anggota 'Geng Pian' didakwa samun, rompak bersenjata
Dua anggota "Geng Pian" didakwa di tiga Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan melakukan samun dan rompakan berkumpulan bersenjatakan sebilah pisau.

Geng Pian samun bersenjata tumpas
Geng Pian yang aktif menyamun di Perak dan Kuala Lumpur sejak 2020 akhirnya tumpas apabila dua suspek ditahan.