Polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri kabel dan pecah rumah yang bergiat aktif di kawasan Petaling Jaya Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berkuat kuasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner berkata, hasil serbuan pihak polis di tiga lokasi yang berasingan pada Isnin telah membawa kepada tangkapan kesemua suspek.
"Tangkapan pertama dilakukan di lobi bangunan KLK Mutiara Damansara dan hasil siasatan mendapati dua suspek ini mengaku jalankan kegiatan curi kabel di bangunan tersebut sebelum dijual di kawasan Puchong.
"Mereka direman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Polis yang bertindak atas laporan orang awam seterusnya melakukan serbuan di lokasi berasingan yang membawa kepada penahanan dua lagi individu bersama sebuah lori di pekarangan sebuah kuil di Sungai Wei.
"Dua daripada suspek yang ditahan berusia 27 dan 36 tahun ini ditahan bersama sebuah lori turut mempunyai 22 rekod jenayah lampau termasuk satu kes individu paling dikehendaki bersabit kes dadah.
"Kedua-dua suspek tersebut membawa kepada seorang lagi tangkapan suspek di premis besi buruk berusia 36 tahun, yang dikenali sebagai ‘Boy’ yang merupakan pembeli hasil kabel yang dicuri," katanya lagi.
Kedua-dua suspek tersebut yang mengakui bekerja bersama seorang individu yang dikenali sebagai Benet, 32 tahun, kemudian berjaya diberkas pihak polis bersama seorang lagi rakan sejenayahnya berusia 31 tahun mempunyai rekod kes samun sebuah tadika di Sungai Wei.
Kedua-dua mereka ditahan di Apartmen Seri Setia, Sungai Way dekat sini pada hari yang sama dan direman lima hari untuk disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Polis turut merampas beberapa peralatan untuk mencuri selain barangan curi antaranya 19 telefon bimbit, televisyen, dan komputer.
Hilmi Malik
Tue Apr 21 2020

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal (tengah) menunjukkan antara hasil rampasasan daripada kegiatan curi kabel dan pecah rumah

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Geng curi kabel, pecah rumah ketika musim PKP tumpas
Hasil serbuan pihak polis di tiga lokasi yang berasingan pada Isnin telah membawa kepada tangkapan kesemua suspek.