JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, serbuan dilakukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di rumah sewa di bandar raya ini yang menjalankan aktiviti pelacuran secara bersembunyi.
"Semua mangsa yang diselamatkan itu berusia 22 sehingga 49 tahun. Menerusi serbuan itu, polis menahan lapan suspek termasuk ketua sindiket, penjaga premis dan 'transpoter' terdiri daripada lima lelaki serta tiga wanita melibatkan warga tempatan dan asing berusia antara 24 hingga 50 tahun.
"Turut dirampas dalam serbuan itu 24 pasport asing, 13 telefon bimbit, 41 keping kondom, empat anak kunci, empat keping kad akses, wang tunai RM8,730, buku catatan pelanggan dan sebuah kereta Proton Exora," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Selasa.
Beliau berkata, semua mangsa diperdaya untuk datang bekerja di negara ini sebagai pembantu rumah dan operator kilang sebelum dijual kepada sindiket antara RM7,000 hingga RM10,000.
Tambah beliau, mangsa dipaksa melacur dengan melayani 30 hingga 35 pelanggan sehari yang kebanyakannya lelaki warga asing dengan bayaran antara RM100 hingga RM200 untuk sekali perkhidmatan manakala RM300 untuk satu malam.
"Wanita berkenaan dipaksa melacur dan tidak bayar. Mangsa dikawal ahli sindiket diketuai warga tempatan," katanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati semua mangsa dibawa masuk ke negara ini menerusi ejen dari negara asal secara sah dengan memiliki semua dokumen.
Katanya, selepas dijual kepada sindiket semua mangsa dikawal ketat bagi mengelak daripada melarikan diri selain telefon bimbit dan pasport dirampas sindiket itu yang aktif sejak November lalu.
"Sekiranya mangsa mahu dilepaskan daripada sindiket ini, mereka perlu membayar RM11,000. Selain itu, mereka dijanjikan sindiket bayaran RM2,300 sebulan sebagai sebagai pelacur tetapi tidak pernah menerima sebarang bayaran," ujar beliau.
Kumar berkata, semua mangsa yang diselamatkan kini ditempatkan di rumah perlindungan sementara selama 21 hari dan pihaknya mendapat kerjasama pihak kedutaan negara terbabit.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
"Kejayaan operasi ini adalah hasil risikan pihak polis dan maklumat orang awam, orang ramai boleh menyalur maklumat menerusi talian hotline 019 2792095 atau bilik gerakan 07-2212999," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Kumar berkata, pihaknya akan melakukan kawalan ketat semasa perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Negeri Sembilan FC dalam Aksi Liga Super musim 2024/25 di sini Sabtu ini.
"Kita tidak pernah ambil mudah setiap perlawanan bola sepak yang diadakan di negeri ini. Kita sentiasa bersedia dan akan berikan pemantauan di sepanjang perlawanan berlangsung," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 14 2024

Kumar menunjukkan telefon bimbit yang digunakan Geng Bala dalam menjalankan kegiatan pelacuran selepas sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru pada Selasa.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.