Satu gempa bumi berkekuatan sederhana yang melanda Sabah awal pagi ini menjadi isu yang hangat diperkatakan di media sosial.

Menurut laporan, satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.1 magnitud dilapor melanda Sabah pada kira – kira jam 2:30 pagi, pada kedalaman 10 kilometer di Ranau dan kira-kira 25 kilometer ke tenggara Kota Belud.

BACA: Gempa Ranau: PM arah Agensi kerajaan ambil tindakan


Bencana gempa bumi ini disahkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Twitternya.


Sementara itu, penduduk Sabah yang masih berada dalam keadaan trauma dengan kejadian gempa bumi pertama nampaknya berkongsi pengalaman terbaru mereka di media sosial.

Menurut seorang pengguna media sosial bernama BabyNisha Shasha, mereka dapat merasai gegaran di rumah mereka dimana katil dan almari mula bergoyang berikutan gegaran gempa itu.


FB


Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Lazzy Cherry berkongsi berita gegaran bersama AWANI melalui sebuah mesej di Facebook.

FB


Ada beberapa pengguna Twitter berkongsi keadaan di Sabah, di mana menurut mereka, gegaran masih lagi dirasai dan meminta orang ramai untuk berdoa keselamatan penduduk Sabah.






Malah, para netizen yang bimbang dengan gempa bumi kedua ini membanjiri media sosial dengan ucapan doa kepada semua penduduk Sabah.














Pada 5 Jun lepas, 18 orang termasuk warga asing merangkumi 14 pendaki Gunung Kinabalu dan empat malim gunung terbunuh dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter di Ranau, Sabah.