Malim Gunung yang terjejas akibat gempa bumi di Sabah akan dibantu sepanjang tiga bulan pelaksanaan kerja-kerja pemulihan di Taman Kinabalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia kerana dianggarkan 250 Malim Gunung akan terjejas pendapatan susulan penutupan taman itu.
Bantuan berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu mereka menyara keluarga sepanjang tempoh tersebut.
"Selain penghargaan buat Malim Gunung, kerajaan juga bersetuju memberi penghargaan kepada semua anggota penyelamat dan petugas yang terlibat dalam misi menyelamat mangsa gempa.
"Kita juga ambil maklum selain drpd mereka yg terkorban, komuniti tempatan, di mana rumah mereka yg rosak juga akan diberi bantuan sewajarnya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC pada Jumaat.
Terdahulu, mesyuarat dimulakan dengan tafakur selama seminit bagi memperingati mangsa gempa 5.9 magnitud itu yang mengorbankan 18 nyawa.
Israr Khalid
Sat Jun 13 2015

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia kerana dianggarkan 250 Malim Gunung akan terjejas pendapatan susulan penutupan taman itu.- Gambar Fail

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.

Gempa kuat landa Papua New Guinea, amaran tsunami dikeluarkan
Sistem amaran tsunami Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tsunami susulan kejadian gempa bumi itu.

Astro, Maxis terima penghargaan bantu komuniti terjejas tsunami Sulawesi
Kerja-kerja pemulihan dua buah sekolah, iaitu SDN Balongga dan SMPN 26 Sigi yang bermula Februari 2020 telah siap sepenuhnya pada 6 Januari 2021.

Gempa sederhana landa utara Sumatera, gegaran dirasai di Selangor, Kuala Lumpur
Gempa sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 1.19 petang tadi.

Gempa berskala 5.8 gegar barat Sumatera Indonesia
Gempa bumi berskala 5.8 menggegarkan wilayah barat Sumatera Barat di Indonesia pada Rabu.

Gempa bumi kuat sekali lagi gegar Kepulauan Kermadec malam ini
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter melanda rantau Kepulauan Kermadec pada 8.05 malam ini (waktu Malaysia).

Indonesia keluar amaran tsunami, gempa lebih kuat di Sulawesi Barat
Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran kemungkinan berlakunya gempa lebih kuat, yang boleh mencetuskan amaran tsunami di Sulawesi Barat, susulan gempa bermagnitud 6.2 Skala Richter.

Beberapa siri gempa susulan berlaku di Croatia
Gempa susulan dengan gegaran paling kuat berukuran 4.7 magnitud dilaporkan pada pagi Rabu berhampiran bandar Petrinja yang mengalami kerosakan teruk.

Gempa di Turki, Greece ragut 26 nyawa setakat ini
Gempa yang melanda pada Jumaat petang menyebabkan bangunan di Izmir, kota ketiga terbesar di Turki runtuh malah turut mencetuskan tsunami kecil di daerah Seferihisar dan Samos di Greece.

Amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi kuat di Alaska
Untuk pantai Pasifik Amerika Syarikat (AS) dan pantai Kanada di Amerika Utara, tahap bahaya tsunami juga sedang dinilai.