Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sentiasa mengambil berat akan keselamatan lima orang pendaki dari universiti itu yang kini berada di Everest Base Camp (EBC) berikut kejadian gempa bumi yang berlaku di Nepal baru-baru ini.
Menurut Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Wahid Omar, pihak universiti sentiasa berhubung secara terus dengan kumpulan pendaki ini bagi mendapatkan maklumat dan gambaran situasi dan juga keadaan di sana serta memantau keselamatan mereka.
"UTM turut bekerjasama dengan Wisma Putra dan kedutaan Malaysia di Kathmandu bagi mendapatkan perkembangan semasa keadaan di sana. Keluarga para pendaki ini juga turut dihubungi bagi menenangkan keadaan mereka.
"Kita amat berbangga dengan kesungguhan, keberanian, disiplin daya tahan dan komitmen yang ditunjukkan semua pendaki dalam misi ini dalam menjayakan impian mereka menawan puncak tertinggi di dunia itu demi mengharumkan nama UTM dan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: Warga Nepal remuk hati mendengar khabar ibu sudah tiada
BACA: Gempa Nepal: Angka korban meningkat kepada 4,310 orang
BACA: Helikopter bantu pendaki terkandas di Gunung Everest
Kata Dr Wahid lagi, pihaknya terpaksa akur dengan keadaan yang tidak mengizinkan dan semua pendaki dengan kerjasama pihak kedutaan Malaysia akan pulang ke Malaysia demi keselamatan mereka.
"Kita mendoakan kesemua mereka akan pulang dengan selamat dan dapat bertemu semula dengan keluarga masing-masing.
"UTM juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam Misi Perdana UTM Everest 2015 terutamanya Kerajaan Malaysia, para penaja, pihak Kedutaan Malaysia di Nepal, pihak berkuasa Nepal dan semua pihak yang bersama-sama membantu menjayakan misi ini," jelasnya.
Pasukan pendaki UTM terdiri daripada Jamhuri bin Jumari, 21, Farul Aidib bin Mahamad Yusoff, 21 dan Azham Afzanizam bin Hamzah, 27. Mereka disertai oleh jurulatih Azim Afif bin Ishak, 27 dan penolong jurulatih Anis Zulaikha bin Zabani yang merupakan pasangan suami isteri.
Astro Awani
Wed Apr 29 2015
Gempa Nepal: UTM sentiasa berhubung dengan pendaki di Everest - Gambar fail
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Op Favish: Siasatan pasangan Vivy, suami dijangka ambil sedikit masa lagi - Azam Baki
Siasatan terhadap pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dijangka mengambil sedikit masa.
Lokasi sambutan dua tahun Kerajaan MADANI ditukar ke KLCC - Fahmi
Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
GV11: 'Saya bersedia dikritik Datuk Syafinaz' - Ning Baizura terbuka dikomen juri, rakan industri
Ning Baizura bersedia menerima kritikan, terutama daripada juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, dan bersikap profesional terhadap teguran.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Menurut Pesuruhjaya Pembangunan Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area, Maisie Chan, Hong Kong memainkan peranan unik sebagai pintu masuk antarabangsa ke Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area (GBA), di bawah konsep ‘satu negara, dua sistem’. Ini membolehkan perniagaan Malaysia memanfaatkan potensi pasaran yang berkembang pesat ini.
Manfaat ekonomi hasil lawatan kerja Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhir lawatan kerja ke China dari 4 November hingga 7 November, dengan potensi eksport bernilai RM3.2 bilion.
Rangkaian 5G kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
MCMC akan mengenakan beberapa syarat kepada U Mobile untuk memastikan tatakelola dan kelancaran rangkaian 5G Kedua negara.
Che Adam peragakan tenun Pahang diraja di kem induk Everest
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Che Adam A Rahman memperagakan tenun Pahang diraja ketika berada di kem induk Everest (EBC).
Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
Awang Askandar berhasrat tubuh skuad ekstrem bantu negara dilanda bencana
Allahyarham Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub turut menzahirkan hasrat tersebut bagi membantu negara seperti Turkiye yang dilanda gempa bumi.
Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar selamat tiba di KKIA
Jenazah akan dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Benoni Papar sebelum disolatkan di Masjid Jamek As Salam Benoni dan seterusnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Benoni.
Jenazah Awang Askandar selamat tiba di KLIA
Jenazah akan dibawa ke Kota Kinabalu dengan penerbangan MH2646 pukul 11.35 pagi dan dijangka tiba pada 2.15 petang.
Everest: Jenazah Awang Askandar selamat tiba di T.U Teaching Hospital, Kathmandu
Ketibaan jenazah disambut Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu Mohd Fadzle Abu Hasan bagi membantu melancarkan proses pengurusan jenazah.
Everest: Jenazah Awang Askandar dijangka tiba Jumaat ini - Armizan
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, dijangka tiba di Malaysia Jumaat ini.
G57 harap ada majlis penghormatan khas untuk Awang Askandar
Allahyarham Awang Askandar sebagai anak jati Sabah telah membawa nama baik negeri ini bagi misi menawan Gunung Everest sehingga terkorban.
Lagi rakyat Malaysia, RJ Nagarajan berjaya tawan Everest
Seorang lagi anak Malaysia, RJ Nagarajan, 59, berjaya menawan puncak Gunung Everest pada Isnin.
Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar dibawa turun ke Everest Base Camp - Armizan
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang meninggal dunia pada Jumaat lalu dijangka dibawa turun dari Camp 4 ke Everest Base Camp hari ini.