JAKARTA: Dua gempa bumi menggegarkan Bandung, Jawa Barat pada Rabu menjejaskan tiga keluarga dan menyebabkan tiga rumah rosak selain dua masjid, tiga sekolah serta sebuah pusat kesihatan.
Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Abdul Muhairi menggesa penduduk supaya kekal berwaspada dengan gegaran susulan dan menasihatkan mereka menjauhi bangunan yang menunjukkan tanda-tanda kerosakan akibat gempa sebelum ini.
"Agensi pengurusan bencana Bandung sedang memantau dan menilai secara aktif kawasan yang terjejas akibat gempa bumi," menurutnya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) berkata gempa bumi pertama berukuran 4.2 pada skala Richter melanda pada 10.06 pagi waktu tempatan, kira-kira 20 kilometer tenggara Bandung pada kedalaman empat kilometer.
"Walaupun gegaran berlaku hanya dua hingga tiga saat, penduduk dapat merasai kesannya," kata Abdul Muhairi.
Gempa bumi kedua dengan magnitud 4.2 pula berlaku di laut, kira-kira 93 kilometer barat daya Bandung pada 10.35 malam pada hari yang sama.
Ia melanda pada kedalaman 24 kilometer dan menjejaskan lima kampung di Pangalengan, selain sebuah kampung masing-masing di Kertasar dan Banjaran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024

Gempa bumi pertama berukuran 4.2 pada skala Richter melanda pada 10.06 pagi waktu tempatan, kira-kira 20 kilometer tenggara Bandung pada kedalaman empat kilometer.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Haba matahari mungkin mempengaruhi aktiviti gempa bumi - Kajian
Haba daripada matahari mungkin memainkan peranan dalam aktiviti gempa bumi di Bumi.

Gempa bumi 5.5 magnitud landa barat laut Myanmar
Menurut DMH, pusat gempa terletak kira-kira 23 batu di barat daya bandar Homalin di wilayah Sagaing.

Gempa bumi 5.5 pada skala Richter gegar Nepal
Gempa berlaku kira-kira 14 kilometer (8.7 batu) di selatan Kodari pada kedalaman 10 kilometer (6.2 batu).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman
Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter direkodkan berhampiran Pulau Cayman, dengan amaran tsunami masih berkuat kuasa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.

Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.

Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.