KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada Raja Mohammed VI serta kerajaan dan rakyat Maghribi, susulan gempa bumi yang melanda negara itu, Jumaat lepas.
Turut menzahirkan ucapan takziah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut hantaran Facebook Istana Negara Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah, turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam bencana itu.
"Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan ribuan nyawa dalam tragedi tersebut, serta menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mangsa sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini," menurut hantaran itu, hari ini.
Baginda berdua turut mendoakan agar roh-roh mangsa yang beragama Islam dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.
"Dalam tempoh kesedihan ini, Seri Paduka berdua dan Malaysia bersolidariti dengan rakyat Maghribi dan mendoakan agar mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan akibat tragedi itu, dapat diselamatkan dengan segera serta mereka yang tercedera dikurniakan kesembuhan segera," menurut hantaran itu.
Dilaporkan, sehingga kini seramai 2,862 orang terkorban dan lebih 2,500 orang cedera dalam tragedi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023

Dilaporkan, sehingga kini seramai 2,862 orang terkorban dan lebih 2,500 orang cedera dalam tragedi itu. - Foto AP
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dua wartawan Perancis dihantar pulang kerana tiada perakuan buat liputan gempa bumi Maghribi
Tidak kurang daripada 312 wartawan asing membuat liputan mengenai gempa bumi Al Haouz di Maghribi, bagaimanapun dua daripada mereka yang merupakan warga Perancis diusir kerana melanggar undang-undang.

Jakim anjur solat hajat mohon kesejahteraan buat Maghribi, Libya, Sudan
Jakim anjur solat hajat selepas solat Maghrib di tiga masjid utama esok bagi mendoakan kesejahteraan buat Maghribi, Libya, dan Sudan.

100,000 kanak-kanak terjejas gempa bumi di Maghribi - UNICEF
Kira-kira 100,000 kanak-kanak terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Maghribi Jumaat lepas, kata Agensi Kanak-Kanak PBB (UNICEF) pada Isnin.

Gempa bumi: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada raja, kerajaan dan rakyat Maghribi
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada Raja Mohammed VI serta kerajaan dan rakyat Maghribi, susulan gempa bumi yang melanda negara itu, Jumaat lepas.

Gempa bumi Maghribi: Angka kematian meningkat lebih 2,800
Di kampung Tinmel, hampir setiap rumah hancur dan sementara bau busuk kematian akibat berpuluh-puluh haiwan mula menusuk hidung.

Gempa bumi: EU sumbang bantuan kemanusiaan 1 juta euro kepada Maghribi
EU bersolidariti dengan rakyat Maghribi mengeluarkan pembiayaan untuk membantu memenuhi keperluan mendesak penduduk.

Pasukan penyelamat asing sertai pencarian mangsa gempa bumi di Maghribi
Pasukan penyelamat dari Sepanyol, Britain dan Qatar mula menyokong pasukan penyelamat Maghribi di kawasan terjejas akibat gempa bumi.