Gejala penggunaan rokok elektrik di negeri ini dilihat semakin berleluasa dan perkara itu kian menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarat.
Lebih utama, larangan yang dikeluarkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 2015 lalu berhubung pengharaman penjualan peranti dan cecair vape seakan telah dilupakan apabila ada di antara peniaga kini semakin berani memasarkannya secara terbuka.
Pengerusi Persatuan Pemuda Puteri Melayu Bersatu (Perimau), Mohd Ridhwan Othman berkata, perkara itu perlu diambil serius selain boleh menjadi lebih parah sekiranya tidak dibendung dengan secepat mungkin.
"Salah satu situasi yang kita boleh lihat secara jelas adalah di Pasar Borong Pandan. Di situ kita boleh lihat ramai pengguna vape ini menghisap di khalayak ramai. Malah penjualan barangannya turut dibuat secara terbuka.
"Persoalan terbesar sekarang, di mana penguatkuasaan? Secara peribadi saya rasa jika perkara ini diketahui Tuanku Sultan, semestinya baginda akan merasa kecewa dan terkilan," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, sebentar tadi.
Mohd Ridhwan berkata, pihaknya percaya larangan yang dikeluarkan Sultan Johor itu mempunyai sebabnya tersendiri iaitu hanya mendatangkan mudarat kepada pengguna dan orang di sekelilingnya.
"Kita semua ketahui rokok elektronik atau vape mempunyai kesan sampingan sama ada kepada penghisap mahupun orang sekeliling. Kandungan bahan kimia seperti propylene glycol, glycerin, bahan perasa, kehadiran logam berat dan partikel ultra halus boleh membahayakan kesihatan.
"Propylene glycol juga boleh menyebabkan iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan manakala kesan jangka panjang boleh menyebabkan penyakit asma," katanya.
Tambahnya lagi, penggunaan vape yang berlebihan juga boleh menjadi punca bermulanya tabiat merokok dan gejala penyalahgunaan dadah moden dalam kalangan masyarakat.
"Sebuah kajian menunjukkan bahawa remaja dan belia yang tidak pernah merokok tembakau tetapi menggunakan vape adalah 8.3 kali ganda lebih cenderung menghisap rokok tembakau selepas setahun berbanding mereka yang tidak pernah menghisap vape.
"Selain itu, peranti vape juga boleh disalahgunakan apabil keupayaannya yang boleh melarutkan apa-apa dadah seperti ecstasy, amphetamines dan methamphetamines di dalam cecair vape . Secara tidak lansung penyalahgunaan dadah akan berlaku," katanya.
Justeru, pihaknya yang turut mewakili gagasan Muafakat Pendidikan Johor memohon kepada pihak yang bertanggungjawab serta kerajaan kini supaya dapat mengekang aktiviti tidak bermoral ini dengan lebih serius.
Sinar Harian
Fri Jun 08 2018
![Gejala vape kembali berleluasa di Johor? Gejala vape kembali berleluasa di Johor?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71517365668_Vape.jpg)
Penggunaan vape yang berlebihan juga boleh menjadi punca bermulanya tabiat merokok dan gejala penyalahgunaan dadah moden. - Gambar hiasan
![Dua lelaki maut kereta bertembung lori Dua lelaki maut kereta bertembung lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722790279_TBTEMBUNGLORI.jpg)
Dua lelaki maut kereta bertembung lori
Dua lelaki maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori dalam kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Gunung Panjang di Gopeng, malam ini.
![Malaysia kekal bersolidariti, tuntut pembebasan rakyat Palestin Malaysia kekal bersolidariti, tuntut pembebasan rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722789674_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
Malaysia kekal bersolidariti, tuntut pembebasan rakyat Palestin
Perjuangan menuntut pembebasan Palestin kini bukan hanya merupakan perjuangan orang Islam, sebaliknya membabitkan perjuangan sejagat.
20 orang maut dan ratusan cedera dalam sebuah protes
Lebih 20 orang maut dan ratusan cedera dalam protes di di Bangladesh pada Ahad.
Cadangan pemeriksaan kesihatan berkala buat penjawat awam
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan penjawat awam diwajibkan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, terutama individu yang menunjukkan tanda-tanda obesiti dan berusia 40 tahun ke atas.
![Olimpik Paris 2024: Beregu lelaki Taiwan tewaskan China untuk pertahan emas Olimpik Paris 2024: Beregu lelaki Taiwan tewaskan China untuk pertahan emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722788987_TBTAIWANVSCHINA.jpg)
Olimpik Paris 2024: Beregu lelaki Taiwan tewaskan China untuk pertahan emas
Mereka menumpaskan beregu lelaki nombor satu dunia dari China, Liang Weikeng-Wang Chang, menerusi keputusan 17-21, 21-18, 21-19.
Malaysia sedia rawat rakyat Palestin tercedera
Malaysia akan menyediakan tempat rawatan kesihatan yang sewajarnya untuk sebahagian daripada rakyat Palestin, khususnya wanita dan kanak-kanak yang sakit atau tercedera susulan kekejaman regim Zionis Israel di negara itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah berbincang dengan beberapa pemimpin negara Arab untuk memudahcara proses tersebut, khususnya dengan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dan Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah berbincang dengan beberapa pemimpin negara Arab untuk memudahcara proses tersebut, khususnya dengan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dan Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan.
Insiden pesawat MH156 berpatah balik sedang disiasat - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat Malaysia Airlines MH156 yang dalam perjalanan ke Jeddah telah berpatah balik ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Ahad.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Ogos 2024.
![Piala FA: JDT melangkah ke final, kalahkan KDA FC dengan agregat 5-1 Piala FA: JDT melangkah ke final, kalahkan KDA FC dengan agregat 5-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722786900_TBJDTPIALAFA.jpg)
Piala FA: JDT melangkah ke final, kalahkan KDA FC dengan agregat 5-1
Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 3-0 untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala FA dengan agregat 5-1, malam ini.
Tumpuan Isnin – 05 Ogos 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Duti eksais rokok elektronik, cecair vape mulai 1 Januari 2021 Duti eksais rokok elektronik, cecair vape mulai 1 Januari 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607431354_Vape.jpg)
Duti eksais rokok elektronik, cecair vape mulai 1 Januari 2021
Pengilang tempatan juga perlu dilesenkan di bawah Seksyen 20 Akta Eksais 1976 dengan bayaran lesen sebanyak RM4,800 setahun.
![UPM hasil cecair sanitasi tangan, percuma untuk petugas barisan hadapan UPM hasil cecair sanitasi tangan, percuma untuk petugas barisan hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41588646386_UPM.jpg)
UPM hasil cecair sanitasi tangan, percuma untuk petugas barisan hadapan
Produk ini mematuhi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menggunakan isopropil alkohol sebanyak 75 peratus sebagai bahan aktif utama dan gliserol sebagai bahan emolien.
!['Rider ketum' ditahan polis 'Rider ketum' ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51586574116_riderketum.jpg)
'Rider ketum' ditahan polis
Suspek berada dalam keadaan mencurigakan ketika melalui sekatan jalan raya yang diadakan.
![Bekalan kurang, guna arak diperbuat daripada sawit jadikan cecair pembasmi kuman Bekalan kurang, guna arak diperbuat daripada sawit jadikan cecair pembasmi kuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51586408672_sanitiser.jpg)
Bekalan kurang, guna arak diperbuat daripada sawit jadikan cecair pembasmi kuman
Cecair pembasmi kuman berkurangan, harganya melambung mengakibatkan kesukaran kepada orang ramai terutama penduduk tempatan.
![Tidak ada bukti vape selamat untuk rawat ketagihan merokok - KKM Tidak ada bukti vape selamat untuk rawat ketagihan merokok - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554811254_Vape.jpg)
Tidak ada bukti vape selamat untuk rawat ketagihan merokok - KKM
Kementerian juga tidak menerima sebarang maklumat bahawa cecair rokok elektronik itu selamat dan tidak memberi kesan jangka masa panjang kepada paru-paru.
![Seramai 25 maut kebakaran studio animasi di Jepun Seramai 25 maut kebakaran studio animasi di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563456617_JapanFire.jpg)
Seramai 25 maut kebakaran studio animasi di Jepun
Memetik polis tempatan, laporan itu menyatakan seramai 70 orang berada dalam studio itu ketika kebakaran berlaku.
![HFMD tiada vaksin, perlu kawal penularan - Pegawai Kesihatan HFMD tiada vaksin, perlu kawal penularan - Pegawai Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41532611414_TBHFMD.jpg)
HFMD tiada vaksin, perlu kawal penularan - Pegawai Kesihatan
Ibu bapa dan penjaga perlu memastikan anak-anak mereka bersin dan batuk dengan cara betul supaya lelehan atau cecair keluar daripada tubuh badan tidak menjangkiti individu lain.
![Gejala vape kembali berleluasa di Johor? Gejala vape kembali berleluasa di Johor?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71517365668_Vape.jpg)
Gejala vape kembali berleluasa di Johor?
Pengharaman penjualan peranti dan cecair vape di Johor seakan telah dilupakan apabila ada peniaga semakin berani memasarkannya.
![Undian: Sejauh mana anda tahu bahaya cecair rokok elektronik? Undian: Sejauh mana anda tahu bahaya cecair rokok elektronik?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71438731615_Ecigarettes.jpg)
Undian: Sejauh mana anda tahu bahaya cecair rokok elektronik?
Cecair rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.