Satu kajian oleh penyelidik di Washington University, Amerika Syarikat mendedahkan bahawa ramai ibu bapa yang menggunakan rokok elektronik (e-rokok) tidak sedar bahaya yang didedahkan kepada anak-anak mereka.

Keputusan kajian yang diterbitkan jurnal Academic Pediatrics menyebut bahawa cecair rokok elektronik boleh membawa maut kepada golongan itu jika tertelan.

Selain itu, pendedahan cecair itu kepada kulit juga boleh membawa masalah kepada kanak-kanak.

Cecair pelbagai perisa yang kini menjadi kegilaan orang ramai di seluruh dunia merupakan campuran nikotin, gliserin dan glikol.

Cecair e-rokok ini, menurut kajian tersebut, amat berbahaya kepada kanak-kanak walaupun jika ditelan dalam kuantiti yang kecil.

Ia sekurang-kurangnya boleh menyebabkan mual dan muntah selain memerlukan penjagaan rapi.

Jika anda menggunakan rokok elektronik, kongsikan pendapat anda.