AKHIR-akhir ini terdapat banyak liputan dibuat terhadap kesihatan mental serta penyakit mental di media sosial dan media massa.
Ini merupakan satu perkembangan yang positif di mana kesihatan mental telah mula mendapat perhatian ramai berbanding dahulu.
Malah, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad juga menyatakan bahawa kesihatan mental akan menjadi fokus kementeriannya untuk tahun 2019.
Di antara penyakit mental yang paling banyak diperkatakan ialah kemurungan atau dalam terma perubatan dikenali sebagai "Major Depressive Disorder (MDD)".
Kemurungan yang didiagnosis secara klinikal, bukanlah perasaan sedih yang biasa. Ia merupakan penyakit perubatan yang melibatkan perasaan sedih yang berpanjangan serta menjejaskan fungsi harian seseorang individu.
Penyakit kemurungan telah dikenal pasti oleh WHO sebagai penyakit keempat terbesar yang menyumbang kepada penyakit global (global disability) yang dialami oleh manusia di seluruh dunia pada ketika ini.
Ia diramalkan ia akan menjadi antara penyebab utama masalah kesihatan di negara-negara membangun menjelang tahun 2020 selepas penyakit jantung.
Maka, tidak hairanlah makin kerap kita mendengar tentang mereka yang mengalami kemurungan, malah mungkin juga mengenali seseorang yang mempunyai penyakit ini.
Kajian epidemiologi melaporkan bahawa peluang bagi seseorang untuk menghidapi penyakit kemurungan sepanjang tempoh kehidupannya adalah sebanyak 11 hingga 15 peratus.
Di Malaysia ketika ini, kadar penyakit ini adalah sebanyak dua peratus dalam kalangan masyarakat. Ia adalah dua kali lebih tinggi dalam kalangan wanita berbanding lelaki.
Penyakit kemurungan adalah berbeza dari kesedihan biasa. Adalah normal jika kita berasa sedih apabila berhadapan dengan insiden yang negatif atau menyedihkan.
Tetapi ia tidak berpanjangan dan kita masih dapat melakukan tugas harian seperti biasa.
Walau bagaimanapun, jika didapati bahawa perasaan sedih itu berterusan dan mula menjejaskan fungsi harian, maka ia perlu diberi perhatian.
Berikut adalah gejala penyakit kemurungan yang perlu diambil berat:
Tanda-tanda penyakit kemurungan:
1. Perasaan sedih sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu.
2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti yang disukai sebelumnya.
3. Kurang selera makan atau berat badan merosot (~5 peratus) daripada asal dalam waktu yang singkat.
4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).
5. Selalu letih dan kurang tenaga.
6. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu perbuatan atau merasakan diri tidak berguna.
7. Tidak mampu memberikan perhatian konsentrasi yang terjejas.
8. Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai rancangan untuk membunuh diri.
9. Gejala ini menjejaskan fungsi seharian individu samaada dari segi aspek sosial atau pekerjaan.
Sebab-sebab berlaku kemurungan
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada seseorang itu untuk mengalami penyakit kemurungan:
1) Genetik atau keturunan: Individu yang mempunyai ahli keluarga yang pernah
menghidapi penyakit kemurungan, mempunyai risiko yang lebih tinggi.
2) Personaliti diri: Individu dengan personaliti yang selalu gelisah, pendiam serta kurang ceria adalah lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.
3) Trauma ketika kanak-kanak: Mereka yang pernah mengalami peristiwa hidup yang memberi impak pada zaman kanak-kanak seperti penderaan fizikal / mental atau kehilangan ibu bapa sewaktu kecil didapati mempunyai risiko yang lebih tinggi.
4) Penggunaan dadah atau alkohol.
5) Tekanan hidup: Sejarah hidup yang negatif atau tekanan yang berterusan.
6) Ketidakseimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak. Bahan kimia utama yang sering dikaitkan ialah serotonin. Selain daripada itu norepinephrine dan dopamine juga turut terlibat. Bahan-bahan ini diperlukan untuk otak kita berfungsi secara normal dalam mengawal perasaan kita.
Bagaimana proses diagnosis dilakukan?
Diagnosis penyakit ini melibatkan penilaian secara temu bual antara pegawai perubatan atau pakar psikiatri dengan pesakit.
Diagnosis ini berpandukan kriteria yang ditetapkan dalam Diagnostic Statistical Manual 5th edition (DSM-V) oleh American Psychiatric Association (APA).
Maka, bukanlah mudah untuk kita terus melabelkan seseorang itu mengalami kemurungan kerana ia perlu memenuhi kriteria tertentu.
Proses diagnosis boleh dilakukan sama ada di klinik psikiatri atau pun di dalam wad bergantung kepada keadaan pesakit.
Selain daripada mendapatkan sejarah dari pesakit, ahli keluarga turut ditemu bual bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai gejala serta kesan gejala tersebut terhadap individu.
Pemeriksaan fizikal serta ujian darah tertentu juga turut dijalankan bagi memastikan bahawa gejala tersebut bukanlah disebabkan oleh penyakit fizikal.
Pesakit biasanya dirujuk dari klinik kesihatan atau swasta, jabatan kecemasan ataupun dari disiplin perubatan yang lain setelah disyaki mengalami kemurungan.
Terdapat beberapa hospital seperti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang menawarkan perkhidmatan 'walk in clinic' di mana pesakit boleh terus mendapatkan perkhidmatan tanpa dirujuk terlebih dahulu.
Saringan dalam talian juga boleh dilakukan oleh individu sendiri menggunakan Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS) yang boleh didapati dengan mudah.
Individu tersebut boleh membawa keputusan saringan yang telah dibuat ke klinik kesihatan atau swasta yang berhampiran bagi tujuan penilaian lanjut serta rujukan ke perkhidmatan psikiatri jika perlu.
Apakah kaedah rawatan yang disediakan
Kaedah rawatan adalah bergantung kepada tahap penyakit. Untuk gejala kemurungan yang ringan, biasanya tidak memerlukan rawatan ubatan anti-kemurungan.
Pesakit boleh menjalani sesi psikoterapi di mana beliau dibimbing untuk mengenal pasti masalah serta cara penyelesaian, mengenal pasti serta menangani fikiran negatif, digalakkan untuk meluahkan perasaan dengan betul serta diberikan sokongan.
Pesakit juga akan dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Bagaimanapun, untuk gejala yang sederhana atau teruk, biasanya pesakit akan diberikan ubatan anti-kemurungan untuk jangka masa yang tertentu.
Apakah kesan buruk jika tidak mendapatkan rawatan awal?
Gejala yang teruk akan menjejaskan fungsi hidup individu di mana beliau tidak lagi boleh bekerja atau menjalankan tugas harian seperi biasa.
Pesakit juga mungkin mendapat gangguan halusinasi serta delusi. Walaubagaimanapun, yang paling membimbangkan ialah adanya pemikiran untuk membunuh diri.
Rawatan awal dapat membantu untuk sembuh dengan lebih cepat serta kembali menjalani kehidupan yang berkualiti.
Dr Firdaus Abdul Gani adalah Setiausaha, Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA)
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Dr Firdaus Abdul Gani
Tue Jan 22 2019
Di antara penyakit mental yang paling banyak diperkatakan adalah kemurungan atau dalam terma perubatan dikenali sebagai "Major Depressive Disorder (MDD)". - Gambar hiasan
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
Status halal tidak lagi sekadar merujuk tiada babi, alkohol - PM Anwar
Status halal kini tidak lagi sekadar merujuk kepada makanan atau minuman yang tidak mengandungi babi atau alkohol.
Justin Timberlake ditahan memandu dalam keadaan mabuk di New York
Timberlake dihadapkan ke mahkamah pada Selasa atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Pegawai penguatkuasa ditahan minta suapan RM8,000
Kedua-dua individu itu disyaki meminta RM8,000 sebagai balasan meringankan hukuman di atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Kemboja larang jual, minum alkohol semasa pilihan raya umum
Ia bertujuan mencegah gangguan sosial dan memastikan pilihan raya berjalan dalam suasana bebas dan adil tanpa keganasan dan intimidasi.
21 maut akibat keracunan minuman keras
Mereka didakwa menelan sejenis minuman keras alkohol yang dipercayai mengandungi racun.
Enam maut dirempuh trak ketika pesta barbeku
Tujuh lagi individu masih menerima rawatan di hospital, termasuk seorang berada dalam keadaan kritikal.
Pekerja kilang maut dilanggar pacuan empat roda
Siasatan polis juga mengesyaki pemandu kenderaan itu memandu di bawah pengaruh alkohol.
Lelaki bawa parang ke balai nak tetak polis
Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek disyaki di bawah pengaruh alkohol dengan bau arak yang sangat kuat.
Tujuh lelaki ditahan dalam Op Samseng Jalanan
Kesemua individu ditahan dibawa ke BSPT IPD Seremban untuk tindakan lanjut.
Parti liar caj RM150 untuk 3 jam, 18 individu termasuk empat wanita asing ditahan
Polis menahan 18 individu termasuk empat wanita warga asing ketika sedang asyik mengadakan parti liar di sebuah kondominium di Jalan Metro Prima Barat, awal pagi Rabu.